Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Majlis Media Malaysia (MMM) menegaskan keselamatan petugas media adalah asas ekosistem media bebas, susulan serangan terhadap Timbalan Presiden NPC Haresh Deol. MMM gesa hormati ruang kerja wartawan dan elak intimidasi yang jejaskan kebebasan media.
Transcript
00:00Keselamatan petugas media adalah asas kepada kewujudan ekosistem media yang bebas dan bertanggungjawab, tegas Majlis Media Malaysia MMM.
00:11Kenyataan Majlis Media Malaysia susulan serangan dua individu terdadap hari pada selasa.
00:16Majlis itu berkata sifat serangan itu termasuk tindakan individu ketiga yang merakam insiden serangan tersebut menimbulkan tanggapan bahawa ia telah dirancang dan bukan serangan secara rawak.
00:30Semua pihak digesa untuk menghormati ruang kerja wartawan serta mengelakkan tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan mereka.
00:38Insiden yang menghalang tugas kewartawanan, tegasnya lagi, mempunyai implikasi terhadap kepentingan awam kerana ia menjejaskan penyampaian maklumat yang tepat dan bebas tekanan kepada masyarakat.
00:49Majlis Media Malaysia berkata ia percaya pihak berkuasa akan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan fakta kejadian dikenalpasti dan keadaan dapat ditangani secara adil serta profesional.
01:01Sebagai badan kawal selia kendiri industri media, Majlis Media Malaysia komited untuk terus mempromosikan standar keselamatan, profesionalisme dan integriti dalam sektor media.
01:12Ia juga turut menzahirkan solidariti dengan Harish Dool serta seluruh komuniti wartawan yang terus berkhidmat demi kebenaran dan kepentingan rakyat.
01:21Setelah itu ia turut menggesa orang ramai untuk tidak membuat spekulasi sementara menunggu hasil sasatan.
01:27Awal hari ini pengarang urusan portal berita 2213 yang juga pengulas sukan tanah air itu mendakwa diserang dua individu yang tidak dikenali ketika dibangsar Kuala Lumpur.
01:37Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended