Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Rakyat Ukraine menekankan kepentingan negara-negara Eropah dalam proses rundingan damai, sambil Presiden Volodymyr Zelenskiy memaklumkan kesediaan Ukraine untuk meneruskan kerangka yang disokong Amerika Syarikat bagi menamatkan perang dengan Rusia.
Transcript
00:00Dalam pada itu, rakyat Ukraine menggesa supaya negara-negara Eropah menyokong pendirian Ukraine dalam rundingan damai.
00:07Menurut seorang penduduk negara itu, sebarang keputusan menuju ke arah keamanan Ukraine seharusnya dibuat dengan melibatkan negara-negara Eropah dalam perbincangan.
00:30Di samping itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky turut memaklumkan Ukraine bersedia untuk meneruskan kerangka yang disokong Amerika Syarikat bagi menamatkan perang dengan Rusia.
00:48Tambah beliau, satu perbincangan turut akan diadakan bagi membincangkan isu-isu yang dipertikaikan bersama Presiden Donald Trump dalam rundingan yang menurutnya perlu melibatkan sekutu Eropah.
00:58Menurut laporan antarabangsa, pegawai Amerika dan Ukraine sedang berusaha merapatkan jurang berhubung rancangan Trump untuk menamatkan konflik paling dasyat di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.
01:08Namun begitu, Ukraine bimbang jika dipaksa menerima perjanjian yang sebahagian besarnya memihak kepada Rusia, termasuk melibatkan penyerahan wilayah.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended