Dua tahun perang di Gaza serta sekatan ekonomi berterusan di Tebing Barat yang diduduki Israel telah mencetuskan kejatuhan paling teruk dalam sejarah ekonomi Palestin, sekali gus menghapuskan pencapaian pembangunan selama beberapa dekad, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa.
00:00Dua tahun perang di Gaza serta sekatan ekonomi berterusan di Tebing Barat yang diduduki Israel telah mencetuskan kemelesetan ekonomi paling buruk dalam sejarah Palestine.
00:12Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, ini sekaligus menghapuskan pencapaian pembangunan selama beberapa dekad.
00:20Dalam laporan baru itu, Agensi Perdagangan dan Pembangunan PBB, UNTAD, mendedahkan bahawa ekonomi Palestine di Gaza dan Tebing Barat merosot 30% pada 2024 berbanding 2022.
00:33UNTAD menyatakan kejatuhan itu adalah yang paling buruk sejak pengumpulan data bermula pada 1972 lebih parah berbanding kemerosotan ekonomi semasa konflik besar sebelum ini termasuk ketika intifada kedua pada awal 2000-an.
00:47Laporan itu turut menyebut bahawa KDNK per kapita Palestine telah kembali ke tahap 2003. Ini bermakna 22 tahun pembangunan musnah akibat perang dan sekatan.
00:57Ia digambarkan sebagai antara 10 krisis ekonomi paling buruk dunia sejak 1960. Kerugian besar di Gaza akibat perang 2 tahun antara Israel dan Hamas bermakna wilayah itu akan memerlukan bantuan antarabangsa berskala besar untuk tempoh sangat panjang.
01:12KDNK per kapita Gaza kini hanya $161 Amerika setahun iaitu kira-kira 44 sen sehari yang disifatkan sebagai tahap paling rendah di dunia.
01:23Untat dalam laporannya menyatakan Tebing Barat turut mengalami kemelesetan paling teruk sejak direkodkan, didorong sekatan pergerakan, kehilangan peluang ekonomi serta tindakan keras berterusan Israel.
Be the first to comment