Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengarahkan utusan khas Steve Witkoff ke Moscow untuk bertemu Presiden Vladimir Putin bagi memuktamadkan pelan damai 28 perkara yang didakwa hampir menamatkan perang Russia–Ukraine. Dalam kenyataan di Truth Social, Trump menyebut hanya beberapa perkara masih tidak dipersetujui, sambil mengesahkan Setiausaha Tentera Darat Dan Driscoll akan bertemu delegasi Ukraine. Trump dan kepimpinan White House menyatakan kesediaan bertemu Zelenskyy dan Putin sebaik rundingan mencapai tahap akhir.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengarahkan ustusan khasnya Steve Witkoff bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin di Moskow
00:09bagi memutamatkan pelan damai yang didakwa semakin hampir menamatkan perang Rusia-Ukraine.
00:14Dalam kenyataan panjang di True Social, Trump berkata pelan 28 perkara yang dirangka Amerika Syarikat itu kini telah ditambah baik dengan input baru daripada kedua-dua pihak.
00:24Menurut Trump, hanya tinggal beberapa perkara yang masih tidak dipersetujui.
00:31Beliau menambah bahawa setiausaha tentera darat Amerika dan Risk Call turut ditugaskan bertemu wakil Ukraine.
00:37Trump turut maklumkan beliau dan barisan kepimpinan tertinggi termasuk naik Presiden J.D. Vance, setiausaha negara Marco Rubio, setiausaha perang Pete Hexerf dan Ketua Kaki Tangan White House Susie Wals akan mengikuti rapat perkembangan tersebut.
00:50Beliau juga menyatakan kesediaan untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dan Presiden Putin tetapi hanya apabila perjanjian damai itu mencapai tahap hampir dimuktamadkan.
01:02Trump mengakhiri kenyataan itu dengan harapan agar proses damai dapat dicapai secepat mungkin bagi menghentikan pertumpahan darah yang menurutnya mengorbankan 25,000 tentera bulan lalu.
01:13Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended