Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Proses penyaluran bantuan kebajikan kepada kanak-kanak dan warga emas serta usaha meningkatkan pelancongan berasaskan kenderaan rekreasi (RV) antara dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Transcript
00:00Proses penyaluran bantuan kebajikan kepada kanak-kanak dan warga emas serta usaha meningkatkan pelancongan berasaskan kenderaan rekreasi RV antara dibincangkan pada perisidangan Dewan Rakyat hari ini.
00:13Menurut aturan urusan mesyuarat di laman rasmi Parlimen, isu itu akan dibangkitkan ketika sesi soal jawab belisan.
00:19Ahli Parlimen Rasa Cha Ki Chin meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan langkah-langkah bagi memastikan bantuan kebajikan
00:30seperti bantuan kanak-kanak, BKK, Allown, OKU, Orang Kurang Upaya dan bantuan warga emas disalurkan tepat pada waktu.
00:39Beliau juga ingin mengetahui program khusus bagi membantu ibu tunggal dan keluarga miskin bandar khususnya di Parlimen Rasa pada sesi soal jawab.
00:47Pada sesi sama ahli Parlimen sahabat bernam, Kalam Salan mengajukan soalan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
00:54mengenai usaha kerajaan dalam mempertingkatkan industri pelancongan berasaskan RV termasuk penyediaan taman RV kenderaan pelancongan untuk menampung pelancong domestik dan antarabangsa.
01:06Kalam juga ingin tahu sama ada kerajaan akan mempertimbangkan cadangan bagi menjadikan sahabat bernam sebagai lokasi perintis pembangunan taman berkenaan.
01:14Turut tersenarai soalan dari ahli Parlimen Segamat R. Eunice Warren kepada Menteri Pelaburan, Pedagangan dan Industri
01:21mengenai strategi memastikan syarikat dan industri yang berpangkalan di Malaysia boleh menggunakan cip kecedasan buatan AI yang berasal dari Amerika Syarikat dan China.
01:32Ahli Parlimen Sungai Petani Dr. Mohd Taufik Johari pula meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan penambahbaikan dalam kawalan pemeriksaan kustom terhadap bagasi di semua lapangan terbang antarabangsa
01:44atau domestik bagi memastikan kecakapan pegawai pemeriksa supaya isu penyeludupan dapat ditangkis dengan rapi.
01:52Persidangan Dewan Rakyat kemudian diteruskan dengan menyambung semula perbahasan rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2026
01:59peringkat jawatan kuasa bagi beberapa kementerian.
02:02Mesyuarat ketiga penggal keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari hingga 4 Disember ini.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended