00:00Sebanyak 8 depoh barangan keperluan bencana disediakan di seluruh negara bagi memastikan bekalan makanan dan keperluan asas sampai ke kawasan yang terputus hubungan akibat bencana.
00:11Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM, Datuk Cik Murad Sayang Ramjan berkata, depoh ini terletak di Bedung, Muah, Sungai Buloh, Marang, Kemumin, Bekalan Cepa, Kuantan, Kota Samarahan dan Kota Kinabalu.
00:27Selain itu, JKM turut mengendalikan 11 stor negeri, 119 stor daerah, 65 mini depoh dan 562 pangkalan hadapan di seluruh negara.
00:39Seramai 5,789 pegawai dan kakitangan bersama, 5,744 sukarelawan ditempatkan di PPS.
00:48Cik Murad berkata keadaan di PPS terkawal dan JKM menerima 50,000 pak makanan retort daripada NADMA untuk diagihkan kepada mangsa banjir dalam tempoh 24 jam selepas PPS dibuka.
01:03Selepas itu, aktiviti gotong royong memasak akan dijalankan bagi memastikan mangsa banjir terus mendapat bekalan makanan mencukupi.
Be the first to comment