Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Mangsa banjir meningkat di seluruh negara dengan Kelantan paling terjejas; 119 PPS dibuka menempatkan lebih 18 ribu mangsa.
Transcript
00:00Jumlah mangsa banjir di 10 negeri sedikit meningkat kepada 21,504 orang daripada 7,450 keluarga setakat 6 pagi tadi.
00:10Kesemua mangsa kini berlindung di 150 pusat pemindahan sementara PPS yang dibuka di seluruh negara.
00:17Negeri paling teruk terjejas ialah Kelantan dengan jumlah mangsa 9,525 orang.
00:22Setakat ini, empat daerah terlibat iaitu Tumpat, Kota Baru, Bacuk dan Pasir Putih dengan 41 PPS beroperasi.
00:31Ini diikuti Perak yang mencatatkan 4,221 mangsa daripada 1,346 keluarga yang berlindung di 43 PPS yang dibuka di Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hili Perak dan Mualim.
00:44Manakala Selangor pula merekodkan 2,965 mangsa daripada 799 keluarga dengan 23 PPS dibuka di Kuasa Selangor, Sya'alam, Kelang, Hululangat dan Sabak Bernam.
00:57Di Kedah, 2,821 mangsa daripada 1,010 keluarga kini berada di 17 PPS di Kulim dan Kubang Pasu.
01:05Sementara itu, seramai 1,710 mangsa daripada 596 keluarga yang berlindung di 15 PPS yang dibuka di Kanga, Padang Besar dan Araw, Perlis.
01:17Terengganu mengalami peningkatan mangsa banjir kepada 131 orang daripada 38 keluarga yang berlindung di 6 PPS yang dibuka di Besut dan Marang.
01:28Pulau Pinang mencatat penurunan mangsa banjir kepada 50 orang dengan 1 PPS beroperasi di seberang Perai Tengah.
01:35Dalam pada itu, Pahang merekodkan 42 mangsa banjir yang kini berlindung di 2 PPS yang dibuka di Raup dan Lipis.
01:43Sementara itu, 1 PPS dibuka masing-masing di Sarawak dan Kuala Lumpur.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended