00:00So, Tuan Yang Pertua, Yang Berhormat Putrajaya
00:02telah memangkitkan perkara berkenaan hasil
00:06daripada keputusan perundingan tarif dengan AS.
00:10Untuk makluman, pengecualian cukai jualan ataupun SST
00:13ke atas produk pertanian yang diimport dari AS
00:16merupakan antara hasil rudingan bagi pengurangan tarif
00:20timbal balas ke atas Malaysia.
00:22Jadi, menjawab pertanyaan Yang Berhormat Putrajaya,
00:25sama ada pengecualian cukai jualan akan turut diberikan
00:29kepada barangan import dari negara-negara lain.
00:32Biti ingin menjelaskan bahawa pengecualian yang diberikan
00:36kepada AS adalah hasil rudingan yang telah dimutamakan
00:40berdasarkan kepentingan bersama.
00:42Oleh itu, sebarang pertimbangan pengecualian cukai
00:45kepada negara lain adalah tertakluk kepada rudingan
00:48berdasarkan permintaan serta tawaran balas
00:51daripada negara berkaitan.
00:52Dengan syarat, ia memberikan manfaat dan keuntungan kepada Malaysia.
00:55Silakan.
00:56Mereka Menteri, terima kasih.
00:57Pertama sekali, seperti mana saya sebut,
01:00AS menganggap perkara itu sebagai satu diskriminasi.
01:04Dan kalau kita tengok WTO pun menganggap bahawa
01:06bila barang itu dah masuk ke negara tersebut,
01:09barang itu perlu dilayan seperti mana barang yang dikeluarkan
01:12di negara tersebut.
01:13Jadi, kalau barangan pertanian di AS masuk ke sini,
01:17tak kena, dan kerajaan kenakan cukai jualan
01:21kepada barangan pertanian daripada negara lain,
01:23maka contohnya negara-negara sempadan, Thailand sebagai contoh.
01:27Adakah selepas ini, kalau perkara ini dibangkitkan,
01:29maka cukai jualan ini akan dihapuskan juga
01:33untuk barang-barang tersebut.
01:35Apakah pendekatan kementerian secara keseluruhan?
01:37Kalau tak nanti satu negara dah buka,
01:39maknanya negara lain akan datang,
01:41kata dah bagi dekat AS,
01:43mengapa tak bagi dekat negara kami?
01:45Bagaimana nak tanganinya, Menteri?
01:46Apa yang kita telah bincangkan,
01:55memanglah apa yang disebut oleh Yambomak Penterjaya itu betul.
01:59Kalau kita nak beri pertimbangan penggecualian cukai
02:03kepada negara lain kerana kita telah memberi kepada AS,
02:06ini adalah satu keputusan yang kita perlu buat.
02:11Terutamanya yang disebut tadi mengenai WTO.
02:13Situasi semasa ini memangnya tidak pernah dialami
02:19di mana Malaysia sebenarnya tidak bersendirian
02:22kalau kita lihat banyak negara berada di dalam situasi
02:25di mana prinsip atas perdagangan pelbagai hala
02:27dengan izin multilateralism WTO terpaksa diketepikan
02:32demi melindungi kepentingan ekonomi dan politik masing-masing.
02:36Ini semua adalah sebabkan oleh langkah-langkah
02:38AS yang dilihat bertujuan untuk mencipta
02:42satu order perdagangan dunia yang baru
02:44berdasarkan penjajaran geopolitik dan juga geoekonomik semasa.
02:51Kelestarian langkah-langkah yang akan diambil
02:53dengan peraturan WTO ini bergantung kepada
02:56reka bentuk dan pelaksanaan yang spesifik.
02:58Jadi, Yambomak Penterjaya betul,
03:00saya dengar perbahasan hari itu,
03:02keputusan komitmen WTO ini
03:04seperti layanan terhadap negara paling dihargai
03:07ataupun Most Favored Nation, MFN
03:09dan kadar tarif menetapkan parameter yang jelas
03:12di mana sebarang pengecualian termasuk
03:15berdasarkan keselamatan negara
03:17atau kepentingan orang adalah tertakluk
03:20kepada tafsiran dan penyelesaian pertikaian
03:22dispute settlement WTO.
03:24Jadi, apa yang dibangkitkan oleh Yambomak Penterjaya,
03:27MITI akan membantu mematuhi
03:30pelbagai perbaturan perdagangan antarabahasa
03:32yang telah berkuat kuasa.
03:34Jadi, dalam hal ini, kita di MITI akan menggaji
03:36perkara tersebut dengan lebih terperinci
03:39dan akan berbincang dengan kementerian yang berkenaan,
03:41kementerian kewangan.
03:44Walaupun kita mesti berpegang pada prinsip
03:47perdagangan adil dan bersama-sama
03:49dan tidak diskriminasi kepada negara-negara,
03:51termasuklah negara-negara jiran kita
03:53dan terutamanya negara-negara yang kita ada FTA,
03:57Perjayaan Perdagangan Bebas.
03:59Terima kasih.
04:01Menteri, itu maknanya, itu baru satu contoh.
04:05Maknanya, kalau kita tengok balik secara keseluruhan
04:07apa yang direndingi nanti,
04:09akan ada kesan pada perkara-perkara lain juga
04:11dengan negara-negara lain.
04:13Sebagaimana kerajaan tengok secara keseluruhan,
04:15maknanya banyak perkara menteri bersebut
04:17jadi dah ordernya berbeza.
04:19Jadi, apakah ketersediaan kementerian dalam konteks ini?
04:22Dalam perbincangan kita dengan Amerika Syarikat,
04:25memanglah dalam rundingan itu kita terpaksa
04:27memastikan kementerian-kementerian yang berkenaan
04:29yang dari soal SST ini, kementerian kewangan,
04:32memahami dalam prinsip RTWTO ini,
04:34kita perlu memastikan apa yang diberi
04:37kepada Amerika Syarikat,
04:38kita perlu beri kepada negara-negara lain.
04:40Termasuklah isu-isu yang Amerika Syarikat sendiri membangkitkan.
04:43Dia mengatakan kenapa setengah-setengah keputusan
04:49yang bukan berkenan tarif dan non-tarif barrier
04:51terhadap Amerika Syarikat berbeza
04:54kepada negara lain itu.
04:56Kita, kalau dalam FTA itu,
04:58kita boleh bincangkanlah
05:00kerana Amerika Syarikat tidak ada dalam FTA.
05:02Tetapi dari isu tarif itu,
05:03memang very clearlah
05:04kerana Amerika Syarikat adalah ahli WTO juga.
05:08So, di sini dalam isu non-tarif barrier itu
05:10berbeza sedikit
05:10kerana mereka bukan di dalam apa-apa berjanjian FTA dengan kita.
05:14Tapi yang penting ialah
05:16apa yang kita telah janji
05:18dalam perundingan kita dengan Amerika Syarikat,
05:20apa yang kita telah berikan kepada Amerika Syarikat,
05:23kita mesti memastikan
05:24rakan dagang kita yang lain mendapat
05:26layanan yang sama, yang adil.
Comments