00:00...pengumuman terbaru ini memberi peluang kepada Malaysia untuk meneruskan rundingan penyelarasan tarif sehingga 31 Julai 2025
00:06bagi mencapai hasil yang dihasratkan.
00:10Rundingan kemudiannya telah dimutamakan dengan tawaran terakhir dikemukakan oleh Malaysia kepada AS pada 29 Julai 2025.
00:19Seterusnya, hasil perbualan telefon di antara Yamaha Muhammad Perdana Menteri dengan Presiden Trump pada 31 Julai.
00:24Interaksi saya dengan wakil perdagangan AS dan situs perdagangan AS serta berkat usaha gigih pasukan perunding,
00:32kadar baru untuk Malaysia yang diumumkan pada 1 Ogos adalah sebanyak 19%, iaitu penurunan 6% berbanding dengan kadar yang diumumkan pada 7 Julai yang lepas.
00:43Kadar baru ini adalah setara dengan beberapa negara anggota ASEAN iaitu Indonesia, Thailand, Filipina dan Keboja.
00:50Manakala Vietnam dikenakan 20%, Brunei 25%, Laos dan Myanmar 40%.
00:56Singapura pula dikekalkan atas tarif asas 10%, tarif yang paling rendah berbanding negara-negara ASEAN yang lain kerana defisit dagangan dan keterbukaan pasaran dengan AS.
01:08Ini bermakna di kalangan negara-negara ASEAN, barangan Malaysia kekal kompetitif di pasaran AS.
01:14Walaupun mengharapkan kadar tarif yang lebih rendah, Kementerian berpendapat rundingan ini telah berjaya mencapai hasil yang berpatutan,
01:23dengan tawaran yang dibuat oleh Malaysia tanpa menjejaskan dasar-dasar utama dan kedaulatan negara seperti yang dihasratkan oleh rakyat.
01:30Sebelum saya menerangkan kandungan rundingan yang telah dipersetujui, saya ingin menjelaskan bahawa apa yang telah dimutamatkan adalah persetujuan secara prinsip
01:38di mana komitmen yang telah dibuat sepanjang rundingan akan diterjemahkan secara terperinci dalam satu bentuk dokumen perjanjian,
01:45iaitu Perjanjian Perdagangan Tibar Balas, Agreement on Reciprocal Trade atau Art, yang akan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak.
01:54Dengan penjelasan tersebut, izinkan saya untuk menerangkan skop rundingan yang melibatkan enam seksyen utama.
02:01Seksyen pertama, tarif dan kuota. Seksyen kedua, halangan bukan tarif ataupun non-tarif barriers dan perkara-perkara yang berkaitan.
02:08Seksyen ketiga, perdagangan digital dan teknologi ataupun digital trade and technology.
02:12Seksyen keempat, peraturan tempasal, rules of origin.
02:16Seksyen kelima, keselamatan ekonomi dan negara ataupun ekonomi and national security.
02:20Dan seksyen keenam, pertimbangan komersial.
02:24Tuan yang dipertua, seksyen satu adalah mengenai permintaan AS untuk penurunan atau penghapusan tarif duty import dan pengecualian cukai jualan dan duty excise
02:33ke atas produk pertanian dan industri AS yang diimport ke Malaysia.
02:38Rundingan penurunan dan juga penghapusan tarif pada awalnya hanya tertumpu kepada senarai permintaan spesifik daripada AS.
02:45Tetapi kemudiannya dikembangkan bagi merangkumi keseluruhan jenis barangan yang diimport dari AS.
02:51Hasilnya, Malaysia telah menawarkan penurunan dan juga penghapusan tarif duty import bagi 98.4% dari jumlah keseluruhan baris tarif.
03:01Mengenai cukai jualan, Malaysia telah bersetuju untuk memberi pengecualian cukai jualan yang mendiskriminasikan produk pertanian yang diimport oleh AS.
03:08Sebagai contoh, buah-buahan dan makanan laut.
03:11Madakala Malaysia berpegang teguh tidak menawarkan penghapusan ataupun pengecualian duty excise.
03:16Bagi Seksyen Ketiga, Malaysia telah bersetuju untuk perkara setiap berikut.
03:20Tidak akan mengenakan cukai perkhidmatan digital, digital service tech yang bersifat diskriminasi terhadap syarikat-syarikat AS.
03:27Saya ingin tekankan bahawa Malaysia sememangnya merupakan negara yang melaksanakan dasar DST dan pengecualian seumpamanya berlandaskan prinsip tanpa diskriminasi.
03:36Ini maksud kita boleh tetapi kena pastikan semua negara mendapat treatment yang sama.
03:41Kedua, memansuhkan keperluan untuk platform media sosial dan penyedia perkhidmatan awan cloud service daripada AS menyumbang 6% daripada jumlah pendapatan mereka di Malaysia kepada tabung USP sebagai salah satu syarat untuk mereka beroperasi di Malaysia.
03:57Dan ketiga, memansuhkan atau menggantung secara kekal arahan untuk semua trafik sistem nama domain ataupun domain name system dialihkan kepada perkhidmatan DNS tempatan.
04:07Ingin saya tekankan bahawa tidak semua perkhidmatan AS dalam aspek perdagangan digital dan teknologi dipersetujui.
04:14Malaysia berpendidikan teguh untuk mengekalkan dasar-dasar yang berikut.
04:18Penyedia perkhidmatan awan dan platform media sosial masih tertakluk kepada liabiliti jenayah di bawah undang-undang Malaysia.
04:24Dan kerajaan Malaysia punya hak untuk meminta akses atau mengarahkan syarikat memindah kod sumber perisian yang digunakan dalam infrastruktur kritikal,
04:33perolehan kerajaan dan sektor perkhidmatan kewangan, hal perlisenan dan juga kehakiman.
04:38Oleh itu, kita tidak boleh mengambil mudah sebarang perubahan dasar perdagangan dengan AS kerana ianya akan menjejaskan dan memberi kesan negatif kepada Malaysia.
04:45Bagi contoh satu, dianggarkan sehingga 100,000 pekerja akan berisiko kehilangan pekerjaan.
04:51Sekiranya barangan elektrik dan elektronik, E&E tidak dapat dieksport ke AS kerana tarif yang tinggi, terutamanya di Pulau Pinang dan juga di Kedah.
04:59Walaupun pada masa ini produk semikonduktor diberi pengecualian, pada masa ini diberi pengecualian daripada pengenaan tarif timba balas,
05:05ini sedang disiasat di bawah Seksyen 232 Apta Peluasan Perdagangan 1962 yang membenarkan AS untuk mengenakan tarif tambahan atas alasan keselamatan negara.
05:14Oleh itu, kita perlu terus bersiap siaga atas sebarang kemungkinan tarif tambahan dikenakan ke atas industri semikondak.
05:22Pada masa ini kosong, tapi kita kena berjaga-jaga lah.
05:25Sama juga dengan pharmaceutical. Masa ini masih lagi kosong.
05:29Seterusnya, Malaysia dan Amerika Syarikat dalam proses untuk mencapai persetujuan terhadap satu kenyataan bersama
05:34yang merangkumi hasil rundingan serta komitmen yang telah dipersetujui bersama.
05:38Kenyataan tersebut akan diterbitkan dalam masa terdekat.
05:40Kedua-dua pihak juga akan meneruskan perbincangan mengenai perincian perjanjian perdangangan timba balas yang perlu dimeterai
05:46bagi memastikan semua komitmen dilaksanakan.
Comments