Skip to playerSkip to main content
  • 2 months ago
Any development involving strategic national resources including rare earth elements (REE) and other critical minerals will strictly adhere to domestic laws and safeguard national sovereignty, said Investment, Trade and Industry Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz in the Dewan Rakyat on Oct 29.

Zafrul dismissed allegations that Malaysia was compromising its long-standing policy by allowing the export of raw critical minerals to the United States for short-term gains.

Read more at https://tinyurl.com/3v4emef2

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
Transcript
00:00Berdasarkan penilaian impact dan pelbagai scenario berkemungkinan,
00:03runingan dengan meyasarikat mengambil pendekatan keseluruhan kerajaan
00:06dengan izin Hall of Government yang merentasi pelbagai kementerian,
00:10agensi dan sektor swasta dengan matlamat untuk mencapai satu persetujuan
00:14yang memberi makfaat kepada kedua-dua negara.
00:16Ingin ditetekankan, di sepanjang proses runingan,
00:19Malaysia berpegang teguh kepada prinsip berkecuali,
00:22pendekatan Hall of Government dan sentiasa memastikan
00:25kepentingan dan kedaulatan negara terus dilindungi dan terpelihara.
00:29Pasukan perunding tidak langsung berganjak pendirian di dalam perkara-perkara yang melibatkan isu-isu garis merah, the red lines, khususnya hak bumi putera, dasar perlindungan kerajaan dan tututan pembukaan liberalisasi equity sepenuhnya sektor-sektor strategik negara seperti tenaga dan telekomunikasi.
00:49Kalau ada yang mendakwa, kononnya kita jual negara, saya cabar mereka tunjuk satu kosa yang melanggar atau melepasi garis merah ini.
00:59Satu pun tiada. Sebenarnya, Tan Sri yang dipertua, kalau kita mahukan terma yang lebih baik, mudah saja. Berikan semua perkara garis merah yang kita berusaha sedaya upaya lindungi selama ini.
01:11Walaupun begitu, jika kita bagi ke semuanya, tiada jaminan kita akan berikan atau diberikan tarif yang lebih rendah. Ini hakikatnya.
01:19Saya dapat dakwaan juga bahawa Malaysia memberikan kelonggaran untuk membenarkan pengeksportan mineral kritikal dan REE ke Amerika Syarikat.
01:27Di mana setengah pihak menyifatkannya sebagai satu desakan untuk keuntungan segera yang akan menggalakkan matlamat strategik ataupun yang menggagalkan matlamat strategik negara.
01:39Jadi, untuk makluman ahli-ahli yang berhormat, Malaysia masih mengekalkan dasar melarang eksport REE mentah bagi memastikan pembangunan industri hiliran tempatan.
01:50Maknanya apa?
01:51Maknanya, nilai tambah mesti berlaku di Malaysia.
01:54Pekerjaan berkemahiran tinggi mesti diwujudkan di Malaysia.
01:57Teknologi pemprosesan mesti masuk ke Malaysia.
02:00Kita tidak lagi mahu menjadi negara yang hanya menggali dan menghantar keluar bahan mentah murah seperti masa silam.
02:07Pada masa ini, Malaysia menggalakkan pelaburan asing dan perkongsian teknologi bagi aktiviti perlombongan REE mentah dalam membangunkan ekosistem industri domestik yang lebih bersepadu.
02:17Jadi, sehubungan itu, Malaysia mengalung-alungkan kerjasama strategik dengan pihak Amerika Syarikat mahupun negara-negara lain dalam pembangunan industri REE tempatan, terutamanya potensi kerjasama tripatai antara pihak Malaysia, Amerika Syarikat dan juga Australia.
02:33Saya ulang.
02:34Kalau ada apa-apa pembangunan sumber strategik negara, ia akan berlaku mengikut undang-undang Malaysia di tanah Malaysia dengan kawalan kedaulatan Malaysia.
02:43Bukan sesuka hati mengikut kendak pelabur asing.
02:46Saya juga ingin menjejaskan, jelaskan, satu perkara penting supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan atau diputar belit.
02:52Dasar kita bukan untuk menghalang perdagangan selama-lamanya.
02:56Dasar kita ialah untuk menghalang ekspor bahan mentah murah yang tidak diproses supaya nilai tambah berlaku dahulu di Malaysia.
03:02Seperti mana sektor lain, seperti oil and gas, getah, koko, minyak sawit, Malaysia tidak menghalang ekspor produk hiliran dan bahan yang telah diproses.
03:11Prinsip yang sama terpakai kepada REE dan juga mineral critical.
03:15Selepas diproses di dalam negara mengikut undang-undang dan piawa yang kita sendiri dan selepas nilai itu dicipta di sini,
03:22produk hiliran bernilai tinggi bolehlah diekspor sebagai sebahagian daripada rantaian bekalan global.
03:27Inilah caranya kita memastikan pekerjaan berkemahiran tinggi, teknologi pemprosesan dan nilai industri kekal di Malaysia
03:33bukan disedut keluar sebagai biji mentah dengan harga murah.
03:37Umumnya, pelaksanaan fasilitasi dan semua pelaburan di bawah perjanjian ini akan terus tertakluk dan dilaksanakan selaras dengan undang-undang dan dasar negara.
03:45Ianya bagi memastikan stektor strategik kekal dilindungi dalam masa yang sama memperkukuhkan peluang baru untuk rakyat dan juga industri domestik.
03:54Jadi, Tansi yang terpetua, berdasarkan faktor-faktor di atas serta kelonggaran yang diberikan oleh pihak AS berbanding dengan tuntutan awal,
04:01perjanjian ini disifatkan sebagai kesepakatan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, termasuk sektor perniagaan dan ekspor Malaysia.
04:09Kenyataan ini disokong oleh pelbagai persatuan industri tempatan.
04:13Malah, ramai dalam komuniti industri memberitahu MITI secara terus terang,
04:17kalau rundingan ini gagal, mereka bukan hanya rugi keuntungan, mereka mungkin terpaksa menutup operasi dan memberhentikan pekerja Malaysia.
04:24Inilah realiti yang kami tangani setiap hari, jauh dari platform politik maupun retorik media sosial.
04:39Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended