00:00Seramai 70,000 peminat bola sepak dijangka hadir menyaksikan perlawanan Maybank Challenge Cup
00:06antara Manchester United dan ASEAN All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu Malam.
00:12Semua pintu masuk stadium akan dibuka seawal 5.30 petang manakala pemeriksaan keselamatan
00:18akan dilakukan sebelum dan selepas penonton memasuki stadium termasuk badan serta beg yang dibawa.
00:24Susulan itu, Ketua Polis Daerah Ceras, ACP Aidilbul Hassan dalam satu kenyataan mengingatkan penonton
00:33supaya tidak membawa masuk barangan terlarang.
00:36Bagi memastikan kelancaran lalu lintas, orang ramai dinasihat menggunakan pengangkutan awam
00:40dan elakkan melalui kawasan sekitar stadium jika tiada urusan berkaitan pelawanan.
00:45Orang ramai juga diminta mematuhi arahan pegawai polis mengamalkan sikap berhemah di jalan raya
00:51serta tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan.
00:53Ini kerana tindakan saman dan tunda akan dikenakan kepada kenderaan yang menghalang lalu lintas.
00:59Ujahnya lagi tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau kumpulan
01:02yang mencetuskan kekacauan, rusuhan atau provokasi melampau sebelum, semasa atau selepas perlawanan.
Comments