00:00Serangan peluru berpandu balestik Rusia memusnahkan tiga jambatan yang menghubungkan kedua-dua tebing sungai Nipro di Kiev, Ukraine
00:08sekaligus mengorbankan tiga nyawa pada Jumaat.
00:12Datuk Bandar Kiev Vitaly Klitschko berkata sekurang-kurangnya 15 individu turut cedera dalam serangan
00:17yang menyasarkan laluan penghubung antara bahagian timur dan barat ibu negara itu.
00:23Serangan itu disifatkan sebagai yang terbesar terhadap laluan penghubung di Kiev sejak Perang Rusia-Ukraine bermula.
00:31Merakaman Reuters menunjukkan asap tebal menyelubungi ruang udara bandar itu
00:36manakala beberapa letupan kedengaran sepanjang serangan yang berlaku pada waktu malam.
00:41Selain memusnahkan jambatan, serangan itu turut mencetuskan kebakaran
00:46serta mengakibatkan kerosakan terhadap infrastruktur kritikal dan beberapa bangunan.
00:52Insiden berkenaan berlaku ketika Presiden Rusia memberi amaran akan melancarkan tindak balas keras
00:59susulan serangan Ukraine terhadap jambatan yang menghubungkan Rusia dengan semenanjung Crimea
01:04buat kali ketiga minggu ini.
01:06Perkembangan itu sekaligus meningkatkan ketegangan konflik antara kedua-dua negara
01:10ketika serangan terhadap infrastruktur strategik terus mengancam keselamatan orang awam dan kemudahan awam.
01:24Terima kasih telah menonton!
01:25Terima kasih telah menonton!
01:25Terima kasih telah menonton!