• 3 minutes ago
Reuters melaporkan CNN memetik dua sumber yang mengetahui siasatan berhubung insiden itu sebagai berkata sistem National Crime Information Center (NCIC) mengalami apa yang dipercayai sebagai pencerobohan oleh penggodam.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pangkalan data maklumat jenayah milik Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat, FBI, dipercayai menjadi sasaran serangan cyber buat kali kedua dalam
00:09tempoh beberapa bulan menurut laporan CNN.
00:12Reuters melaporkan CNN memetik dua sumber yang mengetahui siasatan berhubung insiden itu sebagai berkata Sistem National Crime Information Center, NCIC,
00:22mengalami apa yang dipercayai sebagai pencerobohan penggodam.
00:26Bagaimanapun setakat ini, FBI belum mengeluarkan maklumat terperinci mengenai skala serangan, identiti pihak yang bertanggungjawab atau sama ada sebarang data
00:35sensitif telah diakses.
00:38NCIC merupakan salah satu pangkalan data utama penguatkuasaan undang-undang di Amerika Syarikat yang mengandungi pelbagai rekod berkaitan jenayah termasuk
00:47maklumat individu dikendaki, rekod tangkapan dan kenderaan hilang.
00:51Insiden terbaru itu mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan sistem maklumat agensi penguatkuasaan undang-undang negara itu, terutama selepas beberapa siri ancaman
01:00cyber menyasarkan institusi itu sejak kebelakangan ini.
01:04Reuters melaporkan sasaran berhubung dakwaan pencerobohan tersebut masih berjalan dan tiada maklumat lanjut didedahkan setakat ini.
01:14Terima kasih telah menonton!

Recommended