• 4 minutes ago
Sebuah pesawat Air Niugini yang membawa 146 penumpang dan anak kapal dari Hong Kong ke Papua New Guinea melakukan pendaratan cemas dengan selamat pada Sabtu di sebuah bandar di selatan Filipina.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebuah pesawat Air New Guinea yang membawa 146 penumpang dan anak kapal dari Hong Kong ke Papua New Guinea melakukan
00:08pendaratan cemas dengan selamat pada Sabtu di sebuah bandar di selatan Filipina.
00:13Keputusan melakukan pendaratan cemas dibuat, susulan petunjuk kemungkinan berlakunya kebakaran pada injin.
00:21Menurut pegawai penerbangan Filipina, tiada laporan kecederaan dalam kalangan 137 penumpang dan 9 anak kapal.
00:30Kesemua mereka keluar dari pesawat Boeing 767-383ER itu menggunakan gelongsor kecemasan selepas pesawat tersebut melincong daripada laluan asalnya dan
00:41mendarat di lapangan terbang antarabangsa Davao.
00:44Juru cakap pihak berkuasa penerbangan awam Filipina, Eric Apollonio, berkata kru pesawat telah melaksanakan prosedur keselamatan dan meminta untuk melakukan
00:52peneratan tidak berjadual di Davao sejurus selepas tengah malam.
00:56Beliau tidak memberikan perincian lanjut, namun menambah siasatan yang dijalankan akan merangkumi keterangan daripada juruterbang.
01:04Para penumpang dan anak kapal dibawa ke terminal lapangan terbang yang mana mereka diberikan bantuan serta penginapan hotel.
01:11Tiada laporan awal mengenai kerusakan pada pesawat tersebut.
01:14Lapangan terbang Davao ditutup kepada penerbangan lain bagi memulihkan operasi tindak balas kecemasan dijalankan yang menyebabkan dua penerbangan domestik yang
01:23dijadualkan tiba terpaksa dibatalkan.
01:26Menurut pihak berkuasa penerbangan awam Filipina, lapangan terbang itu dibuka semula selepas pemeriksaan keselamatan selesai dijalankan di landasan utama.
01:35Terima kasih telah menonton!

Recommended