• 3 minutes ago
Usaha menamatkan konflik Rusia-Ukraine memasuki fasa baharu apabila Washington dilaporkan mendesak Kyiv mencapai perjanjian damai dengan Moscow seawal Januari depan, meskipun cadangan itu dikhuatiri memerlukan Ukraine membuat konsesi besar.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Amerika Syarikat dilaporkan mendesak Ukraine mencapai perjanjian damai dengan Rusia menjelang awal Januari depan sebelum Parti Demokrat mengambil alih kawalan
00:10Kongres.
00:11Berdurut laporan Financial Times, Washington mahu rundingan damai disegerakan bagi menamatkan konflik antara kedua-dua negara.
00:21Laporan itu turut menyebut pegawai Amerika Syarikat mengadakan beberapa siri pertemuan dengan wakil Rusia, Ukraine dan negara-negara Eropah sejak
00:28beberapa hari kebelakangan ini bagi mendesak supaya perjanjian dicapai secepat mungkin.
00:34Dalam pada itu negara-negara Eropah mahu gencatan senjata dilaksanakan terlebih dahulu sebelum perbincangan lebih luas mengenai aturan keselamatan Eropah
00:43dimulakan.
00:44Mereka turut menuntut peranan rasmi dalam rundingan berkenaan manakala Rusia setakat ini belum memberikan komitmen untuk memperluaskan skop perbincangan.
00:53Sebaliknya, pegawai Amerika Syarikat mahu isu pertikaian wilayah dan keselamatan Eropah dibincangkan secara serentak sebagai sebahagian daripada usaha mencapai penyelesaian
01:04konflik.

Recommended