• 2 minutes ago
Datuk Armizan Mohd Ali berkata, keupayaan komunikasi yang berkesan penting bagi memastikan penyelarasan maklumat dan operasi bantuan dapat dilaksanakan dengan teratur.
Transcript
00:00Usaha memperkukuh peranan radio amatur sebagai salah satu medium komunikasi alternatif ketika bencana diperkasa melalui kerjasama antara agensi kerajaan dan
00:10komuniti radio amatur.
00:12Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Muhammad Ali berkata keupayaan komunikasi yang berkesan amat penting bagi memastikan penyelarasan maklumat dan operasi
00:21bantuan dapat dilaksanakan dengan teratur khususnya apabila rangkaian telekomunikasi utama terganggu akibat bencana.
00:31Menurutnya selain penyediaan pusat pemindahan sementara PPS dan penyaluran bantuan kepada mangsa, aspek komunikasi juga perlu diberi perhatian dalam pengurusan
00:41bencana.
00:42Pengusian program ini adalah amat penting untuk memperkukuhkan kerjasama di antara agensi kerajaan dan juga stakeholders yang lain dalam kita
00:56memastikan kerajaan dan juga negara kita mempunyai kesiapsiagaan yang terbaik dalam menghadapi sebarang risiko pencana.
01:10Dan salah satu perkara yang cukup penting dalam pengurusan bencana ini selain daripada usaha penyediaan PPS, selain daripada bantuan-bantuan
01:25yang disalurkan kepada bencana,
01:27semasa berlaku sesuatu, insiden bencana itu, aspek yang paling penting juga adalah komunikasi.
01:36Armizan berkata Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC turut memperkukuh penyelarasan bersama pusat kawalan operasi bencana di
01:48peringkat daerah serta kelab-kelab radio amatur.
01:51Langkah itu bertujuan memastikan khidmat radio amatur boleh diaktifkan segera sebagai saluran komunikasi alternatif jika berlaku gangguan terhadap rangkaian komunikasi
02:02sedia ada.
02:04Armizan berkata demikian kepada media selepas program kesiapsiagaan menghadapi bencana peringkat negeri Sabah 2026 dipapar.
02:11Program menghimpunkan 10 kelab radio amatur di Sabah bersama agensi kerajaan termasuk NADMA, Polis Bomba Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan
02:21Jabatan Kebajikan Masyarakat.
02:23Terima kasih kerana menonton!

Recommended