00:00Gabungan rakyat Sabah GRS belum mengadakan sebarang perbincangan rasmi berhubung agihan kerusi parlimen bersama rakan kerjasama politik bagi menghadapi pilihan
00:10rakyat umum ke-16, PRU-16.
00:13Setiausaha agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata perkara itu perlu dibincangkan secara bersama memandangkan gabungan berkenaan dianggotai pelbagai parti.
00:27Menurutnya, sebarang pandangan mengenai agihan kerusi juga belum wajar diberikan secara peribadi selagi perkara itu belum dibawa ke peringkat perbincangan
00:36kepimpinan GRS.
00:37Setakat ini tidak ada perbincangan, jadi saya fikir kurang sesuai untuk saya memberi pandangan peribadi saya dan perkara ini perlu
00:48dibincangkan kerana GRS ini melibatkan pelbagai parti.
00:53Jadi mungkin bila tiba masanya, ada mesyuarat MKT, GRS dan sebagainya, mungkin perkara itu akan dibincangkan kemudian.
01:04Armizan menegaskan GRS sentiasa terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan parti lain, sama ada sebelum mahupun selepas pilihan raya.
01:13Jelasnya keutamaan ketika ini adalah memastikan kestabilan kerajaan negeri terus terpelihara bagi membolehkan khidmat kepada rakyat dapat diteruskan.
01:22Kalau kita lihat, GRS ini terbuka. Dalam PRN yang lepas dulu pun kita ada bekerjasama dalam pilihan raya negeri dan
01:34kerjasama pun kita buat juga dengan parti lain selepas pilihan raya.
01:41Jadi bagi saya apa yang penting adalah mewujudkan kestabilan kepada kerajaan negeri untuk membolehkan kita memberikan khidmat kepada masyarakat.
01:53Jadi itu yang jauh lebih penting sebab kita pernah terbuka untuk bekerjasama dengan pihak sebelum pilihan raya dan begitu juga
02:05kita bekerjasama untuk menubuhkan kerajaan.
02:10Terima kasih.