00:00Kepastian undang-undang penting dalam memelihara keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman bagi memastikan mereka boleh bergantung kepada peruntukan undang-undang
00:09ketika berdepan isu perundangan dan membuat keputusan.
00:13Ketua Hakim Negara Tun Wan Ahmad Farid Wan Saleh berkata perkara itu penting kerana setiap individu yang hadir ke mahkamah
00:21Malaysia memerlukan kejelasan mutlak tentang apa yang ditetapkan undang-undang dan sama ada mereka boleh bergantung kepadanya.
00:31Menurutnya kepastian bukan sekadar satu kemudahan dalam sistem perundangan sebaliknya ia adalah syarat memperoleh keadilan dan mendapatkan kepercayaan.
00:42Wan Ahmad Farid berkata demikian semasa menyampaikan ucap pertama dan menyempurnakan majlis penutupan Forum Perundangan Malaysia 2026 di Pusat Timbang
00:51Tara Antarabangsa Asia di Ibu Negara pada Sabtu.
00:54Edisi keempat Forum itu berfungsi sebagai platform tahunan bagi warga profesyen perundangan bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan penting dan membincangkan
01:04masa depan undang-undang di Malaysia.
01:07Wan Ahmad Farid berkata kepastian undang-undang memberi kesan kepada semua pihak termasuk pelabur, perniagaan, rakyat biasa dan tertuduh yang
01:16memerlukan kepastian mengenai apa yang ditetapkan oleh perundangan serta sama ada ia boleh diharapkan.
01:22Beliau berkata badan kehakiman memikul tanggungjawab mengekalkan keseimbangan antara keadilan dan kepastian undang-undang sambil beroperasi dalam sempah dan statud
01:33serta perlembagaan persekutuan.
01:35Merujuk kecedasan buatan sebagai contoh, beliau berkata peraturan yang terlalu ketat boleh mengekang inovasi dan menjauhkan perniagaan.
01:44Menekala peraturan yang terlalu longgar atau ketinggalan zaman boleh menyebabkan masyarakat terdedah kepada penyalahgunaan algoritma, selaku korporat serta penipuan.