• 4 minutes ago
Pihak berkuasa kastam Indonesia menggagalkan cubaan menyeludup sejumlah 25.8 kilogram (kg) emas bernilai kira-kira Rp62.5 bilion (RM14.06 juta) ke Malaysia dalam tiga kes berasingan bulan ini, termasuk satu kes membabitkan seorang lelaki warga Malaysia yang menyembunyikan jongkong emas di dalam kasutnya.
Transcript
00:00Laporan antarabangsa pihak berkuasa Kastam Indonesia menggagalkan cubaan menyeludup sejumlah 25.8kg emas
00:08bernilai kira-kira 62.5 bilion rupiah atau bersamaan 14.06 juta ringgit ke Malaysia dalam 3 kes berasingan bulan
00:20ini.
00:20Ia termasuk 1 kes membabitkan seorang lelaki warga Malaysia yang menyembunyikan jongkong emas di dalam kasutnya.
00:30Ketua Pejabat Kastam dan Eksais Teluk Bayur Adi Ziruan berkata lelaki warga Malaysia berusia 34 tahun itu ditahan di lapangan
00:38terbang antarabangsa Minangkabau berhampiran Padang, Sumatera Barat pada 12 November.
00:43Ia selepas dia disyaki cuba menyeludup keluar 4kg emas bernilai kira-kira 10 bilion rupiah atau bersamaan 2.25 juta
00:51ringgit dari Indonesia.
00:52Susulan itu, suspek ditahan selama 20 hari di Pusat Tahanan Polis Sumatera Barat sementara menunggu siasatan berhubung dawaan melanggar Undang
01:01-Undang Kastam Indonesia.
01:02Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara antara 1 hingga 10 tahun serta denda antara RM50 juta atau bersamaan RM12,500
01:11hingga RM5 bilion atau bersamaan 1.25 juta ringgit.
01:17Dalam kenyataan berasingan, Direktorat General Kastam dan Aksais Indonesia memaklumkan pegawainya merampas 21.8 kg lagi emas bernilai kira-kira
01:27RM52.5 bilion atau bersamaan RM11.80 juta ringgit dalam dua kes
01:34membabitkan penumpang yang berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Syamsuddin Nur berhampiran Banjar Masin, Kalimantan Selatan pada 5 dan 12 November.
01:43Dalam operasi pertama pada 5 November, pegawai merampas 4.2 kg bahan yang disyaki emas daripada empat wanita warga Indonesia
01:52yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur
01:55selepas pemeriksaan bakasi menggunakan mesin Sina-X dan pemeriksaan badan.
02:00Dalam operasi kedua pada 12 November, tiga penumpang dipintas ketika bersiap untuk menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur.
02:08Susulan proses pemprofilan penumpang dengan pegawai menemukan 17 jongkong emas seberat 17.6 kg yang disembunyikan di dalam seluar pendek
02:19dan baju dalam mereka.

Recommended