• 5 minutes ago
Polis giat mengesan sekumpulan individu yang dipercayai mencuri kabel di kawasan TREC, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, selepas kegiatan mereka dikesan menerusi satu rakaman video yang tular di media sosial.
Transcript
00:00Sekumpulan individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di hadapan pusat hiburan track.
00:07Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur kini menjadi buruan polis selepas aksi mereka dirakam dan tular di media sosial.
00:14Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu
00:20kira-kira jam 9.50 pagi Sabtu susulan penularan video berdurasi 38 saat di platform media sosial threads.
00:33Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada waktu siang apabila sekumpulan individu dipercayai menggunakan dua kenderaan
00:41melakukan kegiatan memotong kabel di lokasi berkenaan.
00:45Semasa kejadian, kesemua suspek melarikan diri setelah dihampiri oleh orang awam.
00:50Tindakan mengesan kesemua suspek yang terlibat giat dilakukan polis.
00:55Kis disiasat mengikut Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 379 Kanun Kesiksaan.
01:05Fadil turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu menghubungi hotline Kuala Lumpur
01:11menerusi talian 032115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Recommended