00:00Ribuan pekerja dan pelajar di Itali mengadakan demonstrasi besar-besaran pada Jumaat bagi membantah dasar ekonomi kerajaan pimpinan Perdana Menteri
00:09Giorgia Meloni
00:10yang didakwa gagal menangani tekanan kosar hidup serta keperluan rakyat.
00:16Bantahan digerakkan Kesatuan Sekerja Terbesar Itali CGIL menerusi mogok umum bagi mendesak Meloni mengubah dasar ekonomi kerajaan yang disifatkan tidak
00:26memenuhi keperluan rakyat.
00:29Perhimpunan itu turut disertai beberapa kesatuan sekerja lain selain kumpulan pelajar yang mengadakan demonstrasi di beberapa kawasan di negara berkenaan.
00:38Mogok anjuran CGIL berlangsung sepanjang waktu bekerja melibatkan pekerja sektor awam serta swasta termasuk kaki tangan sekolah dan sektor kesihatan.
00:48Bagaimanapun perkhidmatan pengangkutan udara dan kereta api dikecualikan daripada mogok umum itu
00:54manakala operasi pengangkutan awam tempatan hanya terjejas secara terhad bagi memastikan perkhidmatan minimum terus disediakan.
01:03Demonstrasi pelajar turut di jadual di Jerman, Perancis, Britain, Austria dan Belgium
01:09bagi membantah peningkatan kos hari hidup serta perbelanjaan ketenteraan menjelang pilihan raya Parlimen Itali pada 2027.
01:17pelajar turut di Jerman