• 2 days ago
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese menggesa Vladimir Putin menamatkan perang Ukraine ketika berucap pada Sidang Kemuncak APEC di Shenzhen. Beliau turut menyambut baik pertemuan Trump, Xi Jinping dan Putin.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Australia Anthony Albanese menggesa Presiden Rusia Vladimir Putin menamatkan segera perang di Ukraine ketika sidang kemuncak APEC berlangsung
00:09di Shenzhen, China.
00:10Dalam ucapan pembukaannya, Albanese menegaskan konflik yang berlarutan terus memberi kesan besar kepada kestabilan dan perdagangan global.
00:26Menurut beliau, perang di Ukraine dan konflik di Asia Barat merupakan antara faktor utama yang mengganggu perdagangan antarabangsa.
00:33Beliau berkata pemimpin dunia perlu melakukan segala yang mampu untuk memastikan kedua-dua konflik berkenaan dapat ditamatkan.
00:40Dalam perkembangan sama, Albanese turut mengalu-alukan pertemuan tiga hala antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Presiden China Xi Jinping
00:49dan Presiden Rusia Vladimir Putin yang berlangsung di luar sidang kemuncak APEC.
00:54Pertemuan itu dilihat sebagai peluang penting untuk membincangkan pelbagai isu keselamatan dan ekonomi global yang sudah memberi kesan kepada komuniti
01:02antarabangsa.

Recommended