• 3 minutes ago
Laporan sulung State of ASEAN Families Report 2026, yang menggunakan data pentadbiran dan tinjauan di 10 bandar ASEAN, mendapati daya tahan keluarga yang lebih tinggi dikaitkan dengan hubungan lebih erat dan kualiti hidup lebih baik.
Transcript
00:00Penduduk di negara anggota ASEAN kini memulakan kehidupan berkeluarga pada usia lebih lewat dan tinggal dalam isi rumah yang lebih
00:07kecil.
00:07Tren itu antara dapatan laporan Sulung State of ASEAN Families Report 2026 yang dikeluarkan di Singapura pada Selasa.
00:15Antara lain laporan itu berdasarkan data pentadbiran dan tinjauan di 10 bandar ASEAN.
00:23Secara umum, isi rumah yang dikaji melaporkan tahap daya tahan dan kesejahteraan keluarga yang sederhana hingga tinggi.
00:30Mereka turut melaporkan kualiti hidup yang baik dan hubungan kekeluargaan yang erat.
00:35Laporan itu mendapati daya tahan keluarga yang lebih tinggi dikaitkan dengan hubungan kekeluargaan yang lebih erat, kesejahteraan yang lebih tinggi
00:42serta kualiti hidup dan perkahwinan yang lebih baik.
00:45Dapatan turut berbeza mengikut jenis isi rumah.
00:47Keluarga teras dan isi rumah yang dianggotai tiga generasi secara umum melaporkan daya tahan dan kesejahteraan yang lebih tinggi serta
00:55kualiti hidup yang lebih baik.
00:56Keluarga teras merujuk kepada ibu, bapa dan anak manakala isi rumah tiga generasi turut merangkumi datuk atau nenek yang tinggal
01:04bersama di bawah satu bumbung.

Recommended