• 6 minutes ago
Pusat data, tawaran kepada institusi pendidikan tinggi bagi pelajar keluarga B40 dan mafia korporat antara tumpuan sidang Dewan Rakyat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pusat Data, tawaran ke institusi pendidikan tinggi bagi pelajar keluarga B40 dan mafia korporat antara tumpuan sidang Dewan Rakyat.
00:08Menurut aturan urusan mesyuarat di laman web Parlimen, ia terkandung pada sesi waktu soal jawab lisan yang bermula jam 10
00:14pagi.
00:18Antara lain, Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr. Wee Jet Seng meminta Menteri Digital menjelaskan mengenai nilai ekonomi sebenar
00:25yang dijana daripada pertumbuhan pusat data kepada Malaysia dari segi pekerjaan, gaji berkemahiran tinggi, cukai dan penggunaan vendor tempatan berbanding
00:34nilai pelaburan yang diumumkan.
00:35Ahli Parlimen Jempol, Datuk Syamsul Kahan Muhammad Deli pula meminta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan mekanisme kementerian memastikan pelajar daripada keluarga
00:44B40 yang mendapat tawaran ke institusi pendidikan tinggi tidak tercicir hanya kerana tidak mampu membayar yuran pendaftaran atau kos awal
00:52kemasukan termasuk penyelesaian segera melalui bantuan dan penangguhan bayaran.
00:57Manakala Muhammad Syafizan Kapli, ahli Parlimen Batang, lupar pula meminta Perdana Menteri menyatakan garis masa bagi melaksanakan carangan yang dipersetujui
01:06semasa mesyuarat majlis tindakan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 MTPMA 63 baru-baru ini.
01:13Beliau mahu tahu mengenai penambahan kerusi Dewan Rakyat Sabah dan Sarawak mengikut nisbah 1 per 3 dan mewujudkan formula untuk
01:21pemberian khas kepada negeri Sarawak di bawah perkara 112D.
01:25Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Baru, Datuk Seri Takiuddin Hassan meminta Perdana Menteri menyatakan persediaan kerajaan melaksanakan desakan pelbagai pihak
01:34agar suruhan siasatan diraja RCI ditubuhkan bagi menyiasat dawaan kewujudan operasi mafia korporat dalam agensi penguatkuasa termasuk suruhan jai pencegah
01:43rasuah Malaysia SPRM yang telah menimbulkan persoalan serius terhadap integriti sistem pentadbiran negara.
01:49Persidangan Dewan Rakyat bagi mesyuarat ketiga penggal kelima Parlimen K15 berlangsung selama 37 hari hingga 8 Disember nanti.

Recommended