• 2 minutes ago
Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek menekankan kepentingan persediaan rohani dan doa ibu bapa serta guru untuk membantu calon menghadapi peperiksaan dengan tenang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Menjumpai pendidikan, Datuk Seri Fadlina Siddiq menyeru calon sijil pelajaran Malaysia SPM dan sijil tinggi persekolahan Malaysia STPM supaya memberi
00:09perhatian kepada persediaan rohani di samping menguasai pelajaran.
00:13Menerusi hantaran di Facebook pada selasa, beliau berkata persediaan rohani penting untuk membantu calon menghadapi peperiksaan dengan tenang.
00:22Fadlina turut menyifatkan doa ibu bapa dan guru sebagai bekalan berharga buat calon.
00:27Beliau menggalakkan mereka meneruskan usaha dan melakukan yang terbaik.
00:31Dalam hantaran sama, beliau berkongsi penyertaannya dalam program Bicara Iman Santuni Madani bersama penduduk setempat di Masjid Jamik Kampung Kuat
00:39Luar, Pengkalan Hulu, Perak.
00:41Program itu diisi dengan solat maghrib dan isyak berjemaah, taskirah, bacaan yasin serta doa untuk calon SPM dan STPM.
00:49Fadlina turut merakamkan penghargaan kepada penduduk Kampung Kuat Luar atas sambutan mesra sepanjang program itu.
00:55Beliau berkata kesempatan beribadah dan menikmati makan malam bersama penduduk setempat, menjadikan pertemuan itu lebih bermakna.

Recommended