Skip to playerSkip to main content
MAIDAM rancang tubuh pusat hemodialisis di Terengganu guna dana wakaf tunai

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) merancang untuk menubuhkan sebuah pusat hemodialisis peringkat negeri menerusi manfaat kutipan dana wakaf tunai bagi meringankan beban kos rawatan tinggi yang ditanggung pesakit, khususnya golongan asnaf, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

​Yang Dipertua (YDP) MAIDAM, Datuk Zulkifli Ali berkata, dana wakaf tunai yang dikumpul daripada orang ramai akan digunakan bagi memperoleh peralatan perubatan selain pihaknya berusaha menguruskan sendiri operasi pusat rawatan berkenaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804556/edisi/terengganu/maidam-rancang-tubuh-pusat-hemodialisis-di-terengganu-guna-dana-wakaf-tunai

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #maidam #pusathemodialisis

Category

🗞
News
Transcript
00:00Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, MAIDAM,
00:04berancang untuk menubuhkan sebuah pusat hemodialisis peringkat negeri
00:08menerusi manfaat kutipan dana wakaf tunai
00:11bagi meringankan beban kos rawatan tinggi yang ditanggung pesakit,
00:16khususnya golongan asnaf.
00:18Yang dipertua MAIDAM, Datuk Zulkifli Ali berkata,
00:21dana wakaf tunai yang dikumpul daripada orang ramai
00:25akan digunakan bagi memperoleh peralatan perubatan
00:28selain pihaknya berusaha menguruskan sendiri operasi pusat rawatan berkenaan.
00:34Perancangan kita ialah untuk mewujudkan satu pusat hemodialisis
00:40peringkat negeri Tengganu di mana kita akan gunakan
00:44wakaf-wakaf yang diberikan ini untuk mendapatkan peralatan-peralatan
00:48dan kita akan usaha untuk manage sendiri pusat hemodialisis
00:53sebab pusat hemodialisis ini perlukan,
00:56sebagaimana kita tahu penyakit yang memerlukan banyak kos.
01:02Jadi dengan adanya wakaf yang diberi oleh orang ramai ini
01:07insyaAllah kita akan dapat merengangkan bebanan pesakit-pesakit
01:12yang terlibatlah, terutama asnaf-asnaf kita
01:15dan detailnya kita akan lancar macam mana nak buat.
01:18Selain daripada itu, duit-duit wakaf ini juga kita akan bangunkan
01:22dengan aset-aset yang kekal untuk menampak kepada
01:26asil-asil daripada aset itu kita akan gunakan menampak kepada
01:30asna-asnaf yang memerlukan.
01:31Pihak Maidam menganjurkan wakaf peran 2026 ini
01:36adalah untuk memopuk masyarakat berwakaf sambil menjaga persihatan.
01:43Itulah antara intipati utama menerusi program yang kita adakan pada hari ini.
01:47Alhamdulillah, cuaca yang begitu baik sekali
01:49walaupun ramalan cuaca itu dijangka hujan pada pagi ini.
01:55Jadi dengan kita melaksanakan perwakaf sambil menjaga kesihatan ini
02:02kita mencapai apa yang disebut sebagai
02:06Jadi kita mencari tujuan untuk mendapatkan perbaikan dunia dan juga di akhirat.
02:13Alhamdulillah untuk pagi ini, kita telah dapat mengumpul sebanyak mungkin
02:18wang wakaf, penyertaan yang telah disalurkan untuk tujuan wakaf sepenuhnya
02:23dan dalam masa yang sama, semangat juga daripada rakan-rakan penaja
02:26untuk memastikan program kita pada hari ini dapat dijalankan dengan jayanya
02:33dan penaja utama untuk program yang kita laksanakan wakaf run 2026 ini
02:38kita laksanakan bersama dengan pihak Afin Islamic Bank
02:43yang merupakan penaja utama untuk program wakaf run 2026 ini.

Recommended