00:00Amerika Syarikat mengesahkan melancarkan serangan udara ke atas sebuah tapak pelancaran peluru berpandu milik KOR Pengawal Revolusi Islam Iran IRGC
00:08di Pulau Qashem, Iran atas alasan mempertahankan diri.
00:13Dua pegawai tentera Amerika Syarikat yang dipetik media tempatan berkata serangan itu dilaksanakan dengan menggunakan pesawat pejuang dan peluru berpandu
00:21tepat.
00:24Katanya sasaran yang dituju adalah tapak pelancaran peluru berpandu IRGC di Pulau Berkenaan.
00:30Pihak tentera Amerika Syarikat berkata tindakan itu diambil sebagai tindak balas terhadap apa yang disifatkan sebagai tindakan agresif IRGC yang
00:38menyasarkan anggota dan aset Amerika Syarikat dirantau tersebut.
00:42Mereka turut menegaskan bahawa Komanda Pusat Amerika Syarikat Sankom kekal berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi bagi melindungi kepentingan dan warga
00:51Amerika Syarikat di Asia Barat.
00:53Serangan itu berlaku ketika konflik antara Amerika Syarikat dan Iran terus memuncak susulan perang yang turut melibatkan Israel.
00:59Pada 28 Februari lalu, Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan terhadap sasaran di Iran sebelum dibalas oleh Teheran dengan serangan
01:09ke atas Israel dan fasiliti ketenteraan Amerika Syarikat di negara-negara Arab.
01:14Walaupun terdapat usaha diplomatik untuk menamatkan konflik, pertempuran antara Washington dan Teheran dilaporkan kembali memuncak sejak Julai lalu.