00:00Seorang anggota polis maut manakala 10 lagi cedera selepas sebuah van milik polis di Raja Malaysia PDRM terbabas
00:07sebelum merempuh penghadang besi di kilometer 352 Lebuh Raya Utara Selatan-Arah Selatan dekat Tapah pada Selasa.
00:15Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata dalam kejadian kira-kira 11.35 pagi itu,
00:22van jenis Maxis itu dipandu seorang anggota bersama 10 penumpang yang dalam perjalanan dari Ibu Pejabat Polis Kontingen IPK Perak
00:30menuju ke Melaka.
00:33Beliau berkata siasatan awal mendapati tayar belakang sebelah kiri van berkenaan dipercayai pecah secara tiba-tiba ketika tiba di lokasi
00:41kejadian.
00:42Ia menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan sebelum melanggar penghadang besi di bahagian tengah Lebuh Raya.
00:48Akibat kemalangan itu, beberapa penumpang tercampak keluar dari kenderaan.
00:53Seorang anggota polis berusia 26 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, manakala empat lagi cedera parah.
00:59Mohd Alwi berkata empat anggota yang parah dibawa ke hospital Slim River, manakala enam lagi yang mengalami kecederaan ringan dirawat
01:06di hospital Tapah.
01:08Mayat mangsa yang maut turut dibawa ke hospital Tapah untuk berdah siasat.