00:00Projek laluan Rail Pantai Timur ECRL dijangka meningkatkan mobiliti rakyat dan memperkukuh hubungan Kelantan dengan negeri-negeri lain.
00:09Menteri Besar Kelantan, Datuk Mahamad Nasruddin Daud berkata, kemudahan itu diakini mampu membuka lebih banyak peluang ekonomi,
00:16perancarkan aktiviti perdagangan dan pelaburan serta menyokong pembangunan negeri.
00:21Sehubungan itu, katanya kerajaan negeri berharap kemudahan ECRL dapat memberikan manfaat besar kepada rakyat,
00:27khususnya dalam merancakkan pembangunan negeri, meningkatkan mobiliti masyarakat dan membuka lembaran baharu kepada pertumbuhan ekonomi Kelantan.
00:36Beliau berkata demikian selepas persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri MMK Kelantan yang berlangsung di dalam gerabak tren ECRL ketika perjalanan
00:46dari Kota Baru ke Gombak, Selangor.
00:49Persidangan itu turut disertai barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri EXCO bagi membincangkan urusan pentadbiran termasuk perkara berkaitan pembangunan dan
00:59kepentingan rakyat.
01:00Mohamad Nasruddin berkata, perjalanan berkenaan turut memberi peluang kepada barisan kepimpinan negeri melihat sendiri perkembangan dan kemajuan projek ECRL
01:10yang dijangka menjadi antara pemangkin utama pertumbuhan ekonomi Kelantan.
01:16ECRL yang dijadualkan mula beroperasi pada pertengahan Disember ini dijangka memindikkan masa perjalanan antara pantai timur dengan lembah kelang
01:25dengan perjalanan dari Gombak ke Kota Baru dianggarkan mengambil masa kira-kira 4 jam.