00:00Kerajaan memperkenalkan tarif khas dan menetapkan penggunaan sekurang-kurangnya 30% tenaga boleh berharu bagi pusat data
00:07supaya pertumbuhan sektor itu tidak menjejaskan bekalan atau kos elektrik kepada isi rumah dan industri sedia ada.
00:14Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Petra, berkata tarif voltan ultra tinggi yang diperkenalkan pada 1 Julai 2025
00:23bertujuan memastikan pusat data menanggung bahagian kos infrastruktur elektrik yang adil tanpa membebankan pengguna domestik.
00:32Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Petra memaklumkan kadar caj beban tersambung atau CLC turut dinaikkan.
00:40Langkah itu bertujuan memastikan pusat data menggunakan kapasiti elektrik yang dimohon mengikut jadual
00:45supaya kapasiti yang disediakan tidak terbiar.
00:48Pengendali pusat data juga digalakkan menjana bekalan sendiri dan menggunakan penjana sokongan
00:54bagi mengurangkan beban pada grid nasional, terutamanya pada waktu puncak atau apabila rezak bekalan rendah.
01:00Mereka turut digalakkan menyertai skim pembekalan tenaga boleh baru korporat
01:04bagi mendapatkan bekalan tenaga hijau secara langsung.
01:08Petra menegaskan sistem bekalan elektrik negara masih mampu menampung permintaan semasa.
01:12Kuota pusat data ditetapkan berdasarkan unjuran bekalan yang telah diluluskan.
01:18Terima kasih telah menonton!