• 4 minutes ago
Jensen Huang berkata beliau bersedia kembali memegang jawatan CEO Nvidia jika diminta berbuat demikian oleh lembaga pengarah syarikat.
Transcript
00:00Dalam benda itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA Jensen Huang menyatakan kesediaan untuk kembali menerajui syarikat itu sekiranya diminta oleh
00:08lembaga pengarah.
00:09Dalam kenyataan pertama, selepas meletakkan jawatan minggu lalu, Huang berkata beliau akan berbesar hati untuk kembali memegang jawatan CEO jika
00:17ia dianggap demi kepentingan pemegang saham, pekerja, syarikat dan Amerika Syarikat.
00:24Beliau turut mengakui melakukan kesilapan dalam kehidupan peribadi dan menyesali kesan yang terpaksa ditanggung oleh lembaga pengarah NVIDIA susulan kontroversi
00:34tersebut.
00:35Huang berkata beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesilapan yang berlaku dan akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan bebas yang sedang dijalankan
00:43oleh lembaga pengarah.
00:44Tambahnya, sejak pengundurannya diumumkan, beliau menerima sokongan daripada pekerja, pelabur, rakan niaga dan pelanggan yang mahu beliau kembali menerajui syarikat
00:55tersebut.
00:56Perkembangan itu berlaku sehari selepas laporan menyebut lembaga pengarah NVIDIA tidak bercadang untuk melantik semula beliau ke jawatan CEO.
01:03NVIDIA mengumumkan pengunduran Huang selepas 33 tahun menerajui syarikat itu susulan kontroversi yang mengaitkannya dengan dakwaan hubungan peribadi bersama seorang
01:13wanita yang didakwa mempunyai kaitan dengan risikan China.
01:17Selepas pengunduran itu, Ketua Pegawai Kewangan NVIDIA, Koleil Kris, dilantik sebagai CEO sementara dengan proses mencari peganti tetap diteruskan.
01:26Sokongan terhadap kepulangan Huang turut meningkat apabila satu petisyen dalam talian mengumpul lebih 180 ribu tanda tangan termasuk daripada tokoh
01:35industri teknologi.

Recommended