Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Pembubaran DUN Sarawak berkuat kuasa hari ini selepas diperkenankan Yang di-Pertua Negeri. Langkah itu membuka laluan kepada PRN-13 bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan negeri baharu.
Transcript
00:00Pembubaran Dewan Undangan Negeri Dun Sarawak berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri ke-13.
00:07Pembubaran diumumkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg selepas diperkenankan oleh Yang Dipertuan Negeri Tuan Dr. Mohamad
00:17Tuan Dr. Wan Junaidi Tuangku Jaafar Jumat lepas berdasarkan perkara 21-2 Perlembagaan Negeri Sarawak.
00:24Sebelum ini Abang Johari berkata menjelang berakhirnya tempoh penggal Dun adalah wajar mandat baru daripada rakyat diperolehi bagi membolehkan mereka
00:34menentukan kerajaan pilihan melalui proses demokrasi.
00:38Dun Sarawak mempunyai 82 kerusi dan bakal berkembang kepada 99 kerusi selepas SPR meluluskan persempadanan 17 kawasan baharu yang sudah
00:49diputuskan Dun Sarawak.
00:50Pada PRN Sarawak 18 Desember 2021, gabungan parti Sarawak GPS menang besar dengan menguasai 76 daripada 82 kerusi
00:59manakala parti Sarawak Bersatu PSB memenangi 4 kerusi dan DAP 2 kerusi.
01:064 kerusi dimenangi PSB ketika itu ialah Bawang Asan, Engkelili, Bak Kelalan dan Batu Lintang.

Recommended