Skip to playerSkip to main content
  • 41 minutes ago
KKM sedang mengadakan libat urus dengan kementerian sumber manusia dan agensi berkaitan bagi memastikan dasar berkenaan dibangunkan secara menyeluruh.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Kesihatan KKM terus memperkukuh sistem sokongan dan akses perkhidmatan kesihatan mental di seluruh negara termasuk menerusi pembangunan dasar kesihatan
00:09mental di tempat kerja yang masih dalam proses libat urus bersama dengan pihak berkepentingan.
00:15Menterinya Dato' Suri Dr. Zulkifli Ahmad berkata KKM sedang mengadakan libat urus dengan Kementerian Sumber Manusia dan agensi berkaitan bagi
00:24memastikan dasar itu dibangunkan secara menyeluruh serta mengambil kira keperluan pelbagai pihak.
00:32Jelas Dr. Zulkifli proses itu memerlukan rundingan lebih luas sebelum dasar tersebut dapat dimuktamadkan bagi mengelak pelaksanaannya dibuat secara terasing
00:40tanpa penyelarasan mencukupi antara agensi.
00:42Katanya KKM turut memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan mental melalui 1,116 klinik kesihatan kerajaan di seluruh negara.
00:51Selain hospital dan perkhidmatan berasaskan komuniti seperti Pusat Kesihatan Mental Macarakat, Mentari.
00:58Sehingga kini kira-kira 700 pakar psikiatri berdaftar di Malaysia dengan 400 berkhidmat di KKM malakala 300 lagi dalam sektor
01:06swasta.
01:06Zulkifli berkata KKM terus memperluas latihan kepakaran psikiatri di samping mengoptimumkan peranan tenaga kesihatan lain menerusi pendekatan perkongsian tugas atau
01:17task shifting.
01:19Pendekatan ini turut melibatkan lebih 500 pakar perubatan keluarga yang menjediakan perkhidmatan kesihatan mental pada peringkat penjagaan kesihatan prima.
01:27Beliau memaklumkan kira-kira 300 kaunselor di KKM manakala 10,000 berdaftar di bawah lembaga kaunselor Malaysia di seluruh negara.
01:37Beliau berkata selain itu sebanyak 68 hospital KKM dan 4 institusi psikiatri turut menyediakan perkhidmatan psikiatri menjadikan jumlah keseluruhannya 72
01:48fasiliti.
01:49Terima kasih telah menonton!

Recommended