00:00Kementerian Pengangkutan MOT melalui Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ
00:04menggantung perkhidmatan melalui saluran MyEG Sendirian Berhad, MyEG dan Zetrix AI Berhad
00:10sebagai ejen pemungut hasil JPJ berkuat-kuat sehari ini.
00:15Menteri Pengangkutan Antony Lut berkata keputusan itu dibuat
00:17susulan kegagalan syarikat berkenaan memenuhi kewajipan memindahkan kutipan hasil kerajaan
00:24dalam tempoh yang ditetapkan.
00:27Beliau berkata jumlah keseluruhan tuntutan terhadap syarikat berkenaan
00:30bagi tempoh 19 Mei hingga 30 September 2026 adalah RM314 juta
00:36melibatkan kutipan hasil kerajaan yang masih belum dipindahkan
00:39ke akaun terimaan utama Pejabat Perakaunan MOT.
00:43Tunggakan ini bermula bulan Mei tahun ini iaitu beberapa bulan lalu.
00:48Sebelum bulan Mei memang dulu-dulu pun memang ada tunggakan
00:52kadang-kadang ada tunggakan tapi lepas kita mengeluarkan surat
00:57notis pengkhianatan mereka bayar tunggakan mereka dan sebagainya.
01:00Tetapi tunggakan yang tidak berbayar ini sebanyak RM314 juta
01:07adalah sejak bulan Mei tahun ini iaitu beberapa bulan lalu saja
01:11bukannya tiga tahun.
01:13Beliau berkata MOT dan JPJ telah mengambil beberapa langkah
01:16bagi mendapatkan semula kutipan hasil berkenaan
01:18termasuk mengadakan empat sesi libat urus sejak Mei lalu
01:21bersama semua pihak berkepentingan termasuk Kementerian Keuangan.
01:25Sebanyak 35 notis peringatan juga dikeluarkan
01:28selain tempoh penyelesaian tunggakan ditetapkan kepada syarikat itu.
01:32Bagaimanapun, beliau menegaskan keputusan itu
01:34tidak akan menjejaskan penyampaian perkhidmatan JPJ kepada rakyat
01:37kerana urus niaga berkaitan masih boleh dilakukan melalui saluran alternatif
01:42antaranya MyJPJ, Portal Awam JPJ, Kaunter dan Kiosk JPJ
01:47serta saluran lain yang ditetapkan.
01:49Bagi pembayaran saman membabitkan bukan warga negara Malaysia
01:52di pintu masuk sempadan Malaysia Singapura
01:54beliau berkata JPJ menjadikan kemudahan pembayaran
01:57melalui kaunter mobile JPJ
01:59di Kompleks Sultan Abu Bakar atau KSAB
02:01dan bangunan Sultan Iskandar, BSI Johor.
02:04Kemudahan itu beroperasi dari jam 8 pagi hingga 10 malam
02:07untuk memastikan urusan pembayaran saman dapat dilaksanakan dengan lancar
02:11di kedua-dua pintu masuk perkenaan.
02:13Tambahnya, MOT dan JPJ akan turut mengambil tindakan perundangan sewajarnya
02:16untuk mendapatkan semula keseluruhan tunggakan kutipan hasil kerajaan
02:20daripada MyEG.