Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Tehran menggesa penyelesaian konflik Yaman melalui rundingan berpandukan pelan damai sedia ada, ketika ketegangan antara Houthi dan Arab Saudi terus memuncak susulan dakwaan serangan balas.
Transcript
00:00Iran sedia membantu menggerakkan dialog antara kumpulan Houthi di Yemen dan Arab Saudi dalam usaha meredakan konflik yang semakin memuncak
00:08antara kedua-dua pihak.
00:10Jurucakap Kementerian Luar Iran, Ismail Bagai berkata penyelesaian isu Yemen tidak boleh dicapai menerusi peningkatan sekatan ekonomi atau serangan udara.
00:21Menurutnya kumpulan Houthi dan Arab Saudi perlu kembali ke meja rundingan berdasarkan pelan hala tujuh keamanan yang telah dipersetujui sebelum
00:29ini.
00:30Iran katanya bersedia memberikan segala bentuk bantuan yang diperlukan bagi membantu melancarkan proses tersebut.
00:37Pada Sabtu, kumpulan Houthi mendakwa menyerang sebuah kemudahan minyak di Riyadh menggunakan peluru berpandu balistik dan drone sebagai tindak balas
00:45terhadap serangan terbaru Arab Saudi.
00:48Bagaimanapun, Pakatan diketuai Arab Saudi pada hari sama menolak dakwaan berkenaan sebagai mengelirukan dan mendakwa ia bertujuan mengalirkan perhatian daripada
00:57kerugian yang dialami kumpulan Houthi sendiri.
01:01Usaha Iran untuk menggalakkan dialog itu dilihat sebagai satu langkah bagi mencari penyelesaian melalui rundingan ketika ketegangan antara kedua-dua
01:08pihak terus meningkat.
01:10Terima kasih telah menonton!

Recommended