00:00Ketua Pekabat Eksekutif Thai Airways, Chai Iyamsiri, dilaporkan direhatkan daripada tugas oleh Lembaga Pengarah Susulan Gangguan Operasi Syarikat Penerbangan itu
00:10ketika banjir di Bangkok.
00:12Bagaimanapun, laporan media tempatan pada Jumaat berbeza mengenai status beliau dengan sebagainya melaporkan beliau dipecat, manakala yang lain menyatakan hanya
00:21digantung tugas.
00:22Bagaimanapun, agensi berita Reuters belum dapat mengesahkan maklumat tersebut, manakala Thai Airways belum memberikan maklum balas terhadap permintaan pengesahan.
00:33Gangguan operasi di lapangan terbang Svanabum melibatkan kelewatan teruk pengendalian bagasi sehingga memerlukan bantuan tentera udara bagi menyelesaikan tunggakan berkenaan.
00:44Bangkok diisytiharkan sebagai zon terjejas bencana pada hujung minggu lalu selepas merekodkan hujan sepenyat 320 mm dalam tempoh tiga hari
00:54hampir menyamai jumlah hujan kebiasaan sepanjang September.
00:58Setakat 30 Jun, Thai Airways mengendalikan 84 pesawat yang terbang ke 61 destinasi di 27 negara.
01:07Syarikat itu menjalani penstrukturan semula di bawah pelindungan kebankrapan pada 2020 sebelum mencatat pemulihan kewangan.
01:15Sahamnya kembali didagangkan di pasaran saham pada Ogos selepas keluar daripada program penstrukturan semula hutang.