Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Penglibatan Sarawak dalam perkara berkaitan pentadbiran dan pembangunan pendidikan penting bagi memastikan perancangan sektor berkenaan lebih bersesuaian dengan keperluan negeri.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Aspek pendidikan antara keutamaan yang disuarakan Sarawak dalam mesyuarat majlis tindakan pelaksanaan penjanjian Malaysia 1963, MTPME 63, di Sabah baru
00:10-baru ini.
00:11Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata,
00:15antara yang disentuh keperluan untuk mempertingkatkan infrastruktur pendidikan dengan memberi peluang-peluang untuk pegawai-pegawai agar ditingkatkan fasiliti dan kemudahan.
00:28Jelasnya, sektor pendidikan antara perkara ME63 yang telah melalui proses serudingan dan sebahagiannya telah dipersetujui termasuk perlibatan lebih besar kerajaan
00:38negeri dalam perancangan keperluan pendidikan.
00:40Awang Tengah berkata, perlibatan Sarawak dalam perkara berkaitan pentadbiran dan pembangunan pendidikan penting bagi memastikan perancangan sektor berkenaan lebih sesuai
00:48dengan keperluan negeri.
00:49Ujarnya, pengurusan sektor pendidikan wajar mengambil kira keadaan sebenar di lapangan bagi memastikan penyediaan kemudahan serta sumber manusia memenuhi keperluan
00:57setempat.
00:58Sarawak turut menyuarakan tentang kepentingan dan keperluan untuk memberi kuasa kepada pengarah pendidikan Sarawak bagi melaksanakan perkara-perkara yang strategik.
01:06Selain meminta sedikit fleksibiliti dalam penggunaan bahasa, selain bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, khususnya bagi menyokong pembangunan bidang sains, teknologi,
01:16kejuteraan dan matematik STEM, serta pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional, TVET.
01:22Beliau berkata demikian dalam program Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran PSKPP Negeri Sarawak kali ke-44 tahun 2026
01:33di daerah Limbang dan daerah Lawas, bertempat di Dewan Suara Limbang pada Kamis malam.
01:40Terima kasih telah menonton!

Recommended