00:00Komuniti antarabangsa perlu bersikap rasional, memperkukuh perpaduan dan kerjasama selain tegas menentang dan menamatkan langkah memaksa secara unilateral.
00:10Wakil Tetap Cina Kepertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Fu Chong berkata demikian ketika menyampaikan kenyataan bersama pihak 28 negara pada
00:19sesi jawatan kuasa ketiga Perimpunan Agung PBB ke-81 pada Khamis.
00:26Fu berkata sejarah membuktikan langkah memaksa secara unilateral merupakan antara punca utama pergolakan dan kekacauan antarabangsa.
00:34Menurut beliau walaupun masyarakat antarabangsa berulang kali menyeru supaya langkah memaksa secara unilateral segera ditarik balik tetapi langkah yang menyalahi
00:44undang-undang itu terus membawa kesan buruk kepada negara dan rakyatnya malah mengancam nyawa.
00:50Fu berkata langkah memaksa secara unilateral ditambah dengan sekatan sekunder dan pematuhan berlebihan, memburukkan lagi kemanusiaan dan ekonomi sedia ada
00:59serta mengancam keselamatan makanan tenaga dan keuangan.
01:03Beliau berkata 28 negara berkenaan menegaskan semula pendirian mereka untuk menentang langkah memaksa secara unilateral.
01:11Selain itu beliau menyeru beberapa negara barat agar mendengar seruan adil masyarakat antarabangsa dan segera menarik balik langkah berkenaan tanpa
01:19syarat.
01:20Terima kasih.