00:00Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM akan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan AI bagi mengesan,
00:12mencegah dan mengurus risiko salah guna kuasa serta penyelewengan secara lebih sistematik dan berkesan.
00:19Perkara itu merupakan antara bidang kerjasama yang dipersetujui kedua-dua agensi menerusi Pemeterayan Memorandum Persefahaman MOU.
00:28Kerjasama itu bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang penguatkuasaan, pencegahan rasuah dan pemerkasaan integriti dalam mendepan cabaran kompleks dalam persekitaran
00:39digital.
00:40MCMC menerusi kenyataan memaklumkan pertukaran MOU melibatkan pengerusi MCMC Tan Sri Muhammad Salim Fatih Din dan Ketua Pesuruh Jaya SPRM
00:50Datuk Sri Abdul Halim Ahmad berlangsung di Ibu Pejabat MCMC, Saya Berjaya pada Jumaat.
00:56MOU ini menggariskan perdekatan rentas agensi yang lebih terselaras melalui perkongsian kepakaran dalam penguatkuasaan, penyiasatan, teknologi digital, pengurusan maklumat dan
01:07pencegahan rasuah termasuk amalan terbaik berkaitan takdir urus, integriti dan pengurusan risiko.
01:14Kedua-dua agensi juga akan memperluas kerjasama dalam pembangunan pengetahuan dan kemahiran melalui program advokasi, latihan berkongsian ilmu dan pembangunan
01:24kapasiti selain memanfaatkan teknologi termasuk AI.
01:28MCMC memaklumkan usaha itu dijangka meningkatkan kesiapsagaan kedua-dua agensi dalam menanggani risiko rasuah dan salah laku yang semakin kompleks
01:38di samping menyokong accountability serta penyampaian perkhidmatan awam.
01:42Jelasnya, MCMC akan terus memainkan peranan pemudah cara dalam memperluas sinergi antara agensi ke arah budaya kerja yang lebih telus,
01:51beretika dan bertanggungjawab.
01:53Ia sekaligus meningkatkan keyakinan rakyat, industri dan pelabur terhadap institusi awam serta ekosistem komunikasi dan multimedia negara.