Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Kerajaan Nepal bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu keluarga di Malaysia mendapatkan kepastian mengenai nasib mangsa yang terlibat bencana tersebut.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Nepal, Balendra Shah, berhubung usaha menentukan status 54 rakyat
00:09Malaysia yang masih hilang susulan bencana banjir di negara berkenaan.
00:14Perdana Menteri berkata, Kerajaan Nepal bersedia memberi kerjasama sepenuhnya bagi membantu keluarga di Malaysia mendapatkan kepastian mengenai nasib mangsa yang
00:23terlibat bencana tersebut.
00:27Kata Anwar, beliau sudah meminta peguam negara mengambil tindakan susulan termasuk meneliti ruang perundangan yang boleh digunakan bagi mempercepatkan proses.
01:05Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat tinjauan di kuartis TUDM Sungai Besi di Ibu Negara pada Jumaat.
01:14Sebelum ini, Kerajaan Nepal dilaporkan sedang mempertimbangkan langkah perundangan bagi menentukan status individu yang masih belum dapat dikenalpasti selepas hampir
01:24dua bulan bencana banjir melanda negara itu.
01:27Bagaimanapun, Kementerian Luar Negeri memaklumkan langkah itu masih tertakluk kepada proses perundangan domestik Nepal dan belum dikuatkuasakan setakat ini.

Recommended