Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Menurut firma penyelidikan Apex Securities, kontraktor yang mempunyai kebergantungan tinggi terhadap tenaga kerja asing dijangka menjadi kumpulan paling terdedah kepada tekanan margin.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sektor pembinaan berdepan risiko peningkatan kos buruh asing sekiranya kerajaan menyemak naik kadar gaji minimum dalam belanjawan 2027.
00:09Menurut firma penyelidikan Apex Securities, kontraktor yang mempunyai kebergantungan tinggi terhadap tenaga kerja asing dijangka menjadi kumpulan paling terdedah kepada
00:19tekanan margin.
00:21Firma penyelidikan itu menjangka kerajaan mengumumkan semakan semula gaji minimum kepada sekitar RM2,000 sebulan berbanding kadar semasa RM1,700
00:31bagi mengecilkan jurang gaji struktur dalam ekonomi semasa.
00:36Tambahnya tekanan kos itu berpotensi lebih ketara bagi kontraktor yang melaksanakan projek berintensifkan buruh dan kontrak pada harga tetap kerana
00:45peningkatan kos sukar diserap balik tanpa menjejaskan margin keuntungan.
00:50Manakala kontraktor berskala lebih besar yang menggunakan teknologi automasi atau sistem binaan berindustri IBS dilihat mempunyai banyak ruang untuk menyerap
01:00sebarang kenaikan kos sekiranya kenaikan gaji minimum direalisasikan.
01:04Dalam pada itu, Apex Securities menjangka belanjawan 2027 akan lebih bertumpu kepada pelaksanaan projek berbanding pengumuman projek baharu memandangkan buku
01:15tempahan sektor sudah disokong rangkaian projek real, leboraya, air dan hubungan pengangkutan daripada belanjawan 2026.
01:23Katanya antara pemangkin utama sektor adalah penganugerahan pakej Civil Mean Contract 2 atau CMC2 LRT Pulau Pinang yang dianggarkan bernilai
01:33RM5 bilion dengan MRT Corp menyasarkan keputusan pemenang bidaan kontrak pada November 2026.
01:40Ia turut melihat MRT Fasa 3 sebagai pemacu pertumbuhan selepas skim kereta api muktamad diluluskan dengan pengambilan tanah disasarkan selesai
01:50hujung tahun ini dan tender utama berpotensi dikeluarkan dari akhir 2026 hingga pertengahan 2027.
01:57Pembangunan pusat data DC juga kekal sebagai pemacu struktur ekonomi dengan 3.8 gigawatt kapasiti dan sedang dalam pembinaan yang
02:07diterjemahkan kepada anggaran nilai pembangunan kasar GDV mencecah RM95 bilion berdasarkan kos RM20 juta hingga RM25 juta bagi setiap megawatt.
02:20Firma itu mengunjurkan aliran kerja pembinaan kekal sihat dengan nilai kerja pembinaan meningkat kekira 8.7% tahun ke tahun
02:28kepada RM94.3 bilion pada separuh pertama 2026 disokong pelbagai aktiviti sektor swasta dan kerja kejuruteraan awam.
02:38Justru ia mengekalkan pendirian overweight terhadap sektor pembinaan, dipacu potensi projek infrastruktur utama, kos input yang semakin stabil, pemulihan sektor
02:49hartanah dan kitaran daripada pelaburan pusat data.
02:53Terima kasih kerana menonton!

Recommended