Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Kepastian cukai yang lebih besar untuk syarikat dan sokongan yang lebih kukuh untuk syarikat bermodal kecil dan sederhana adalah antara langkah yang boleh memberikan dorongan kepada pasaran modal Malaysia di bawah Belanjawan 2027.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kepastian cukai yang lebih besar untuk syarikat dan sokongan yang lebih kukuh untuk syarikat bermodal kecil dan sederhana adalah antara
00:07langkah yang boleh memberikan dorongan kepada pasaran modal Malaysia di bawah belanjawan 2027.
00:13Ketua Penyelidikan MBSB Investment Bank Berhad, MBSBIB, Imran Yassin Mat Yusof berkata, kepastian cukai yang lebih besar adalah penting untuk
00:23syarikat khususnya mengelak langkah yang boleh menjejaskan pendapatan korporat dalam tempoh terdekat.
00:30Memetik bernama, beliau berkata tiada sebarang kejutan cukai yang boleh menjejaskan pendapatan korporat dalam tempoh terdekat seperti cukai makmur yang
00:38diperkenalkan pada 2022.
00:41Mengenai syarikat bermodal kecil dan sederhana, Imran Yassin berkata belanjawan 2027 harus menyediakan sokongan untuk membantu mereka bersedia bagi pemacu
00:51pertumbuhan baharu seperti otomasi operasi dan membuka jenis peniagaan baharu.
00:56Imran Yassin menegaskan belanjawan 2027 juga harus menyokong ekonomi di tengah-tengah potensi halangan tahun depan kerana ini akan menyediakan
01:06pemangkin kepada pasaran global.
01:08Belanjawan ini dijangka disediakan lebih besar dengan perbelanjaan lebih tinggi akan disalurkan ke arah keutamaan ekonomi utama.
01:15Selain itu, beliau berkata kerajaan perlu meneruskan laluan penyatuan fiskalnya sambil mengimbangi keperluan untuk menyokong ekonomi dan sektor swasta.
01:24Beliau juga menggesa agar diwujudkan sistem cukai yang lebih jelas yang boleh membantu menarik pelabur asing.
01:30Terima kasih telah menonton!

Recommended