Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Harga Minyak Sawit Mentah diunjur berada pada paras RM4,500 satu tan metrik pada tahun ini didorong jumlah pengeluaran lebih tinggi separuh kedua 2026.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Harga minyak sawit mentah diunjur berada pada paras RM4,500 satu ton metrik pada tahun ini didorong jumlah pengeluaran lebih
00:08tinggi separuh kedua 2026.
00:11Menurut Public Invest Research, menerusi nota penelidikan memaklumkan harga yang lebih tinggi itu dijangka terus menyokong prestasi kewangan syarikat peladangan.
00:21Ini sekaligus meluncakkan hasil sektor berkenaan pada separuh kedua.
00:25Tambah kenyataan itu berikutan penurunan harga saham syarikat peladangan baru-baru ini, keadaan ini dilihat positif berikutan prospek pendapatan separuh
00:35kedua yang kukuh disokong harga minyak sawit mentah yang lebih tinggi.
00:39Bagaimanapun syarikat Malaysia yang mempunyai ladang besar di Indonesia berdepan risiko kawal selia selepas Republik itu meluluskan Undang-Undang Reforma
00:48Agraria bulan lalu.
00:50Ia mewajibkan pemegang hak guna usaha dan permit peladangan menyediakan sekurang-kurangnya 20% kawasan tanah bagi tujuan penyusunan dan
00:59pengagihan semula tanah bagi memenuhi tuntutan perkongsian keuntungan setara.
01:04Namun, firma penyelidikan itu berpandangan peningkatan risiko kawal selia berkenaan tidak akan mengurangkan hasil atau aset dalam tempoh terdekat dan
01:12kesan Undang-Undang itu masih bergantung kepada peraturan pelaksanaannya.

Recommended