00:00Projek menaik taraf bangunan Dewan Undangan Negeri Dun Lama Sarawak kepada Pusat Seni Persembahan Sarawak kini mencapai kemajuan 46%
00:08dan dijangka siap pada Jun 2027.
00:12Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kemajuan projek itu kini 1
00:19.6% mendahului jadual asal.
00:24Menurutnya, sekiranya projek dapat disiapkan mengikut sasaran, pusat berkenaan berpotensi digunakan untuk penganjuran program seni dan persembahan Sempena Sukansi pada
00:34September tahun depan.
01:16Sehingga mereka datang untuk sokan dan juga untuk riadah dan budaya.
01:22Tambahnya, kompleks berkenaan bukan hanya merangkumi bangunan pusat seni persembahan, sebaliknya turut melibatkan bangunan lapau lama yang akan dijadikan restoran
01:31serta kawasan bekas pancuran air yang akan dinaik taraf sebagai sebahagian daripada keseluruhan kompleks.
01:38Sementara itu, beliau berkata nama rasmi kompleks tersebut masih belum dimuktamadkan dan akan dibincangkan dengan kepimpinan tertinggi negeri.
01:46Abdul Karim berkata demikian kepada media selepas meninjau perkembangan projek berkenaan di Petrajaya Kuching pada Jumaat.