00:00Tengku Ampuan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan kenangan bersama Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Muhammad Ali menerusi satu
00:10nukilan penuh emosi baginda menyifatkan Allahyarham bukan sekadar tokoh negara yang disegani malah seorang wanita hebat yang begitu dekat di
00:20hatinya sehingga dianggap seperti ibu sendiri.
00:26Tengku Azizah berkata baginda memanggil Allahyarham sebagai mami manakala Dr. Siti Hasmah memanggilnya dengan panggilan mesra sayang.
00:36Baginda turut mengimbau pelbagai kenangan pribadi termasuk pesanan suara, rakaman, gesekan, biola dan nasihat yang disampaikan Allahyarham dengan penuh kelembutan.
00:46Menurut baginda, Dr. Siti Hasmah merupakan contoh terbaik seorang isteri pemimpin yang berwibawa, penuh tertib dan sentiasa mengambil berat tentang
00:54orang lain.
00:55Tengku Azizah turut menyifatkan Allahyarham sebagai wanita yang berkhidmat kepada negara atas keupayaan dan kekuatannya sendiri selain menggalas kehidupan awam
01:04dengan penuh maruah tanpa kehilangan sifat mesra dan kemanusiaan.
01:08Baginda berkata pesanan suara terakhir daripada Allahyarham diterima pada November 2023 yang menyatakan rasa rindu dan hasrat untuk memeluknya.
01:17Mengakhiri nukilan itu, Tengku Azizah mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan mengurniakan
01:28tempat tertinggi di syurga.
01:29Allahyarham Dr. Siti Asma meninggal dunia di Institut Jantung Negara IJN 28 September lalu pada usia 100 tahun.
01:37Beliau selamat disemadikan di pusara negara Prisim 20 Putrajaya dengan diberikan penghormatan menerusi istiadat pengembumian pembesar negara.