00:00Taktik membuat pengiklaran palsu dan menyembunyikan pelbagai komoditi dalam kontena terbongkar menerusi nampasan serta operasi membabitkan 83 kontena dan dua
00:11premis perniagaan bernilai RM114.35 juta termasuk duty dan cukai antara April hingga Ogos lalu.
00:20Operasi dijalankan Jabatan Kastam di Raja Malaysia, JKDM Selangor, melibatkan rampasan 135 juta batang rokok putih, minuman keras, tembakau, barangan
00:32elektrik, dapur gas serta besi buruk dan sisa plastik.
00:36Pengarah JKDM Selangor, Noraida Ishak berkata, rampasan itu dilakukan menerusi operasi Renjat 2026, operasi Sentinel Siri Pertama 2026 dan operasi
00:48Dimiter 12.
00:50Beliau berkata, kes pertama menerusi operasi Renjat 2026 dengan kerjasama Suruhan Jaya Tenaga membabitkan pemeriksaan 30 kontena di Zon Bebas
01:00Pelabuhan Kelang hingga 15 Ogos lalu.
01:04Hasil pemeriksaan menemukan 29,797 unit barangan elektrik dan 3,831 unit dapur gas yang dipercayai diimport tanpa perakuan kelulusan
01:17daripada Suruhan Jaya Tenaga.
01:18Siasatan mendapati terdapat dua modus operandi digunakan iaitu mengiklarkan jenis dagangan dengan betul tetapi gagal mengemukakan perakuan kelulusan serta membuat
01:29pengiklaran tidak benar dalam borang kustom nombor satu.
01:33Katanya bagi kes kedua menerusi operasi Sentinel Siri Pertama 2026, JKDM Selangor menyerbu dua premis perniagaan di sekitar Lembah Kelang
01:43selain memeriksa 15 kontena di Zon Bebas Pelabuhan Kelang.
01:47Pemeriksaan menemukan 135 juta batang rokok putih, 14,488 perpuluhan 54 liter minuman keras dan 5,672 kilogram tembakau dengan
02:01nilai keseluruhan termasuk duty dan cukai sebanyak 105 perpuluhan 31 juta ringgit.
02:07Modus operandi kes itu termasuk tidak mengiklarkan dagangan dalam manifest bagi kontena berstatus pemindahan serta membuat pengiklaran tidak benar dengan
02:17mengisytiharkan barangan sebagai perabot dan pakaian bagi mengelak dikesan JKDM.
02:23Kes ketiga menerusi operasi Dimeter 12 membabitkan 38 kontena yang diperiksa di Zon Bebas Pelabuhan Kelang antara 15 hingga 31
02:33Julai lalu.
02:34Pemeriksaan menemukan 394,747 kilogram besi buruk dan 558,994 perpuluhan 50 kilogram sisa plastik yang dipercayai tidak mempunyai permit
02:50import dengan nilai keseluruhan termasuk duty dan cukai RM5.62 juta ringgit.
02:56Modus operandi digunakan adalah membuat pengimportan tidak benar dalam borang kustom nombor 1 dengan mengisytiharkan dagangan sebagai enjin terpakai dan
03:06alat ganti, kepingan tembaga, alloy aluminium, kepingan ABS, plastik PS dan bahan PE bagi mengelak dikesan pihak JKDM.
03:16Jelasnya ketiga-tiga kes terbabit masih dalam siasatan mengikut peruntukkan Akta Kustom 1967.
03:27Terima kasih telah menonton!
Comments