Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Obesiti kini mengatasi kekurangan berat badan dalam kalangan kanak-kanak usia sekolah di peringkat global, menandakan perubahan besar dalam cabaran pemakanan dunia. Di Malaysia, peningkatan obesiti kanak-kanak bukan sahaja menjejaskan kesihatan generasi muda, malah berpotensi meningkatkan kos rawatan penyakit tidak berjangkit dan menambah beban ekonomi negara pada masa hadapan.
Transcript
00:00Kanak-kanak hari ini berdepan persekitaran pemakanan yang jauh berbeza berbanding generasi terdahulu.
00:06Menurut UNICEF, Obesity kini telah mengatasi kekurangan berat badan dalam kalangan kanak-kanak usia sekolah di peringkat global,
00:13mencerminkan perubahan besar dalam cabaran pemakanan yang dihadapi banyak negara.
00:17Di Malaysia, peningkatan kadar Obesity kanak-kanak turut menimbulkan kebimbangan kerana ia meningkatkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti diabetes,
00:26tekanan darah tinggi dan juga penyakit jantung pada usia yang lebih muda.
00:29Persoalannya sejauh mana masalah ini berpunca daripada pilihan individu dan sejauh mana ia didorong oleh persekitaran makanan
00:35yang semakin dipenuhi produk ultra-proses, minuman bergula serta pemasaran agresif kepada kanak-kanak.
00:41Lebih penting apakah langkah yang perlu diambil sekarang untuk pastikan generasi akan datang tidak mewarisi beban kesihatan
00:48dan juga kos ekonomi yang lebih besar akibat obesiti yang bermula sejak usia muda.
00:52Jadi untuk menjawab persoalan ini, kita bersama dengan Prof. Dr. Nurhas Mah Sulaiman,
00:56Prof. Jabatan Pemakanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPN.
01:00Terima kasih kerana studi bersama dengan kami pada waktu ini dalam niaga awan ini.
01:05Kalau kita lihatlah UNICEF melaporkan obesiti kini mengatasi kekurangan berat badan
01:09dalam kalangan kanak-kanak usia sekolah di peringkat global.
01:12Jadi untuk menjawab isu ini, adakah ini menunjukkan kita perlu melihat melaturisi
01:16dengan cara yang berbeza bukan lagi sekadar kekurangan makanan tapi juga kualiti makanan tersebut?
01:21Silakan Prof.
01:23Terima kasih kerana soalan.
01:25Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
01:27Bila kita bercakap mengenai masalah isu obesiti di kalangan kanak-kanak,
01:33sebenarnya kita melihat isu berkaitan malnutrisi iaitu kita ada satu bahagian
01:39mengalami masalah kekurangan zat makanan dan satu lagi bahagian adalah
01:44berkaitan dengan kelebihan ataupun obesiti di kalangan kanak-kanak.
01:48Jadi dua perkara ini dilihat dari segi kontak kuantiti makanan dan juga kuantiti makanan.
01:55So biasanya dalam seorang kanak-kanak, mereka mungkin kita lihat mengambil banyak kandungan kalori
02:03dan akhirnya menyumbang kepada isu obesiti, kelebihan kandungan kalori dalam makanan.
02:10Lama-kelamaan kanak-kanak ini akan mengalami masalah kelebihan berat badan.
02:15Tapi dalam masa yang sama, kanak-kanak ini juga mengalami masalah kekurangan
02:19nutrisi yang penting terutama sekali seperti vitamin dan mineral.
02:24Jadi seorang kanak-kanak itu biasanya ia akan mengalami obesiti dalam masa yang sama
02:30dia juga ada masalah kekurangan mikronutri ini.
02:33Jadi kita kena melihat isunya dengan lebih teliti bagi mengatasi masalah ini
02:39untuk melihat kedua-dua perkara ini secara seimbang.
02:42Jadi kalau kita melihat perkara ini, saya sebenarnya ingin juga mengingatkan kepada
02:47pendengar-pendengar di luar sana supaya kita mengetahui bahawa
02:51kita rasa anak kita kenyang, tetapi kita tidak melihat
02:57adakah keperluan dari segi kepelbagaian makanan dan kualiti makanan itu
03:03kepelbagaian makanan itu perlu dilihat dengan lebih penting lagi dalam konteks ini.
03:09Itulah isu yang berkaitan sekarang ini, isu UTC di dalam kanak-kanak.
03:13Ya, so keduanya, kualiti dan juga kualiti, dua-dua kita kena ambil titik beratkan.
03:19Tapi sejauh mana Prof, peningkatan obesity kanak-kanak hari ini berpunca
03:22daripada persekitaran makanan, makanan ultra-proses ataupun minuman bergula
03:27ataupun mungkin saiz sidangan dan juga pemasaran berbanding pilihan
03:30individu ataupun keluarga. Yang mana satu Prof?
03:34Okey, kalau kita melihat perkara ini, sebenarnya persekitaran, saya menurut isu
03:40persekitaran, ia merupakan satu pengaruh yang sangat signifikan dalam membentuk
03:46tapi ada makanan kanak-kanak. Walaupun pilihan keluarga itu penting, kadang-kadang
03:52kita melihat pilihan keluarga itu, apa yang tersedia, harganya dan juga
03:57dipromosikan. Tapi kalau melihat persekitaran, kalau kita dalam konteks
04:01sekarang ini ya, makanan manis bergula ataupun SSB ya, sugar sweetened
04:08beverages, manis bergula. Dan juga kalau kita tengok saiz sidangan yang sangat besar
04:14dengan harga dia, tidak begitu ketara kenaikan dia. Dan lambatkan makanan yang
04:22kita rasa kandungan gula dan garamnya sangat tinggi yang sentiasa dipromosikan.
04:28Dan semua ini menjadikan satu bentuk tabiat pemakanan yang nampaknya sekarang ini
04:34diamalkan oleh rakyat Malaysia, khususnya di kalangan kanak-kanak. Jadi saya memang
04:39menyatakan one of the factors yang contribute dalam isu obesity ini adalah
04:44persekitaran yang berada di sekeliling kita ini, di samping faktor keluarga itu
04:49sendiri. Jadi of course ya, semua makanan memang terproses. Kita masak, kita proses
04:55makanan. Tapi yang ultra proses ini adalah selalunya makanan yang tinggi
05:00kandungan gula, tinggi kandungan lemak ya, tinggi kandungan garam. Tetapi nilai
05:06pemakanan ataupun kualiti makanan itu sangat rendah. Jadi ibu bapa ya, perlu
05:11melihat perkara ini dan membantu supaya persekitaran yang ada di sekeliling
05:16kita ini dapat membolehkan kita membuat pemakanan yang sihat. Bukan
05:20sahaja parent ini menghadapi situasi persekitaran ini bersendirian. Jadi
05:26kena ada sokongan-sokongan yang lain untuk memastikan persekitaran, pemilihan
05:30makanan itu dapat dibuat dengan baik dan mendapat makanan yang sihat.
05:34Jadi adakah ini bermakna dari sudut isu rumah lah sebagai contoh ya, adakah
05:38makanan yang lebih sihat ataupun masih mudah dicapai dan mampu dibeli?
05:43Apa pandangan Prof tentang hari ini? Sebab kalau kita lihat kita mungkin
05:47sedang berdepan situasi di mana makanan yang lebih murah dan cepat
05:50dan mudah juga menjadi pilihan yang kurang berhasil. Apa pandangan Prof?
05:55Ini melihat isu ya, makanan yang murah, sedap tapi kadang-kadang
06:01tak berhasil. Itu realiti ya. Jadi oleh itu bila kita melihat konteks
06:05ini. Kita kena melihat perkara bahawa sepatutnya ya makanan yang
06:10sehat, sedap dan satu lagi jangan lupa perlu disediakan berhasil.
06:16kita kena memikirkan konteks ini dan mudah dicapai. Saya melihat dalam
06:22konteks ini ya, especially di dalam sebuah keluarga. Ada makanan-makanan yang
06:29boleh disediakan di rumah yang sihat. Contohnya ya kita boleh gunakan sumber
06:34telur. Saya rasa sebagai sumber protein yang murah. Ataupun kita ada sumber
06:38seperti tempeh, soya, sayur, ikan dan buah-buahnya bermusim. Tapi
06:45sometimes ada makanan-makanan yang berhasil tetapi kos dia sangat tinggi.
06:51Jadi inilah yang kita lihat. Bukan sekadar kos saja. Tapi kita kena melihat bahawa
06:56penyediaan di rumah itu, masa yang diperlukan itu juga menyebabkan halangan
07:01untuk keluarga menjediakan makanan yang sihat dan berhasil di rumah.
07:06masa nak memasak, ibu-ibu bekerja ya. Ini juga menyukarkan dan ada
07:11setengah-setengah mungkin ada limitasi untuk membeli makanan jauh ya.
07:16Pemudahan dapur ataupun sometimes mereka tidak ada tempat penyimpanan.
07:20Inilah menghalang kadang-kadang keluarga untuk menyediakan makanan yang
07:24sihat dan akhirnya pilihannya adalah mereka terpaksa membeli makanan di luar
07:30ataupun makanan-makanan yang ultra-process ini convenient food senang nak buat.
07:35contohnya pagi-pagi kita nak buat sarapan kita beli convenient food
07:40convenient food tu yang ada yang healthy ya. Tapi sometimes ada yang tinggi kandungan
07:46lemak dan sebagainya. Kita gunakan itu sebagai makanan ahli keluarga kita
07:50dan juga anak-anak kita. Jadi oleh itulah saya rasa perlunya persekitaran
07:55yang menyokong perkara ini. Kita ada ibu yang sibuk menyediakan makanan di rumah
08:00tak sempat dan sebagainya. Kita perlu ada sokongan daripada luar yang boleh
08:04menyediakan makanan yang segera tetapi berhasil. Itu kena fikirkan dalam konteks
08:11negara kita ini bagi menyokong keadaan ini.
08:14Prof, kekangan masa satu perkara tapi ada satu lagi juga kekangan ataupun
08:18syabaran apabila kanak-kanak ini FOMO sebab dalam dunia digital yang bergerak
08:21begitu pantas pada waktu ini, kanak-kanak ini banyak terdedah kepada kandungan
08:25makanan di TikTok, YouTube dan juga platform platform digital yang lain.
08:28Jadi sejauh mana pemasaran ini mempengaruhi tabiat makanan mereka dan
08:32juga adakah kawal selia sedia ada pada waktu ini cukup untuk melindungi
08:37gulungan ini? Soalan yang sangat menarik dalam konteks negara kita
08:42saya memang tak menafikan bahawa pemasaran ini khususnya makanan
08:47kanak-kanak sangat mempengaruhi tabiat makanan kanak-kanak sekarang ini
08:53FOMO dan sebagainya. Mereka nak mencuba dan sebagainya. Jadi bagi saya
08:58platform komosi yang muncul pelbagai mungkin dalam bentuk hiburan, mungkin
09:03dalam bentuk cabaran, permainan, perkongsian daripada individu-idu yang
09:09pengaruh akan mempengaruhi corak pemakanan kanak-kanak ini dan menyebabkan
09:15mereka seronok dan ingin mencuba makanan-makanan itu memang saya tak
09:19nafikan. Mereka akan mengikut perkara ini. Jadi dalam konteks ini saya juga
09:25ingin menyatakan bahawa adanya keperluannya untuk kita mempunyai garis
09:31panduan, peraturan, panduan untuk pengiklanan makanan.
09:37Kita sebenarnya di Malaysia ada akta makanan. Bukan tak ada. Kita ada
09:41akta makanan 2000. Kalau tak silap saya dalam tahun 80-an begitu. Kita ada
09:48labeling dan sebagainya. Tapi saya rasa kita masih lagi tidak ada peraturan
09:54makanan yang diiklankan di platform contohnya TikTok, YouTube dan sebagainya.
09:59labeling itu memang ada. Kita tengok makanan kanak-kanak ini kita ataupun
10:03makanan kita pun kita nampak ada ada panel apa makanan ada label
10:08makanan. Tetapi kalau di TikTok dan sebagainya memang tak ada. Jadi bila-bila
10:13masa je kanak-kanak boleh melihat dan akan terpengaruh dengan makanan-makanan
10:17ultra-proses, convenient food yang content nutriennya mungkin rendah ya berbanding
10:23dengan makanan yang kita biasa makan, kita disidikkan sendiri. Jadi
10:26sebenarnya saya sangat menyokong sekiranya ya ada perlindungan yang wajib
10:31ya ada peraturan yang menyeluruh di samping penmantauan dan penguatkuasaan ya
10:38dari segi pengiklanan khususnya ya dalam platform yang sekarang ni digunakan oleh
10:44masyarakat contohnya YouTube ya. Platform digital dan sebagainya. Perlu ada
10:50peraturan dan juga garis panduan.
10:52Terima kasih.
10:52Terima kasih.
10:53Terima kasih.

Recommended