Skip to playerSkip to main content
  • 13 minutes ago
Banjir besar yang melanda Thailand menjejaskan 1.8 juta penduduk dan menyebabkan sekurang-kurangnya lapan kematian. Walaupun air mula surut di Bangkok, ribuan penduduk di kawasan rendah masih terperangkap tanpa bekalan asas dan bergantung kepada bot untuk mendapatkan bantuan.
Transcript
00:00Walaupun paras air mula surut di beberapa kawasan Bangkok, ribuan penduduk masih terperangkap dalam banjir yang melanda ibu negara Thailand
00:06itu.
00:07Menurut pihak berkuasa Thailand, banjir antara 16 hingga 28 September telah menjejaskan 1.8 juta penduduk di 42 wilayah dan
00:15mengorbankan sekurang-kurangnya 8 nyawa.
00:21Setakat ini, 28 wilayah masih terkesan dengan banjir terutama di kawasan tengah, utara, timur dan timur laut negara itu.
00:29Di daerah Lakrabang berhampiran lapangan terbang Suvarna Bumi, banyak jalan masih ditenggelami air sehingga menenggelamkan kenderaan.
00:37Bagi penduduk yang terjejas, bot kini menjadi satu-satunya perhubung kepada kawasan terkesan untuk penghantaran makanan, air minuman, ubat-ubatan
00:45dan operasi pemindahan.
00:48Setiausaha agong Yayasan Sukarelawan Friends in Need Wirasak Kau Surat berkata, ramai penduduk mula kehilangan harapan selepas berdepan bencana yang
00:56berpanjangan.
00:56Walaupun pusat pelindungan sementara dibuka untuk membantu mangsa, ramai terpaksa meninggalkan harta benda yang tidak dapat diselamatkan.
01:05Pihak berkuasa kini terus memantau keadaan dan menggerakkan bantuan ketika penduduk berharap dapat kembali ke rumah masing-masing dengan secepat
01:12mungkin.
01:12Terima kasih kerana menonton!

Recommended