00:00Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu menyifatkan satu tragedi besar berjaya dielakkan selepas sebuah pesawat fly Dubai mendarat cemas di Arab Saudi,
00:08susunan insiden melibatkan kru penerbangan.
00:10Juru cakap PPB, Stefan Dujaric berkata, pihaknya bersyukur kerana kejadian itu tidak mengorbankan nyawa.
00:19Menurut pihak berkuasa Israel, pembantu juruterbang pesawat fly Dubai penerbangan FZ-1073 didakwa menikam juruterbang dan cuba menyebabkan pesawat terhempas
00:30ketika dalam penerbangan menuju ke Tel Aviv.
00:33Situasi cemas itu bagaimanapun berjaya dikawal selepas beberapa penumpang membantu menahan pembantu juruterbang terbabit sebelum juruterbang lain yang berada dalam
00:42pesawat mengambil alih kawalan penerbangan.
00:44Pesawat tersebut kemudiannya berjaya mendarat dengan selamat di Arab Saudi.
00:49Fly Dubai dalam kenyataan awal menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi, memandangkan siasatan masih berjalan dan banyak aspek kejadian
00:57masih belum jelas.
00:58Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata, pihak berkuasa Arab Saudi telah menahan dan menyoal siasat pembantu juruterbang berkenaan.
01:06Menurut wakil tetap Israel di Geneva, Duta Daniel Miron, seramai 169 daripada 172 penumpang dalam pesawat itu merupakan warga Israel.
01:19Terima kasih telah menonton!
01:19Terima kasih telah menonton!
01:21Terima kasih telah menonton!
01:22Terima kasih telah menonton!
01:23Terima kasih telah menonton!