00:00Hospital-hospital di Gaza kini berdepan tekanan yang semakin kritikal apabila kekurangan bahan api sekaligus menjejaskan operasi perkhidmatan kesihatan.
00:08Di hospital kanak-kanak Al-Rantisi, beberapa jabatan terpaksa ditutup bagi menjimatkan bekalan elektrik untuk unit rawatan kritikal.
00:19Ketua Jabatan Pediatrik Hospital itu, Dr. Syarif Mata berkata, kekangan bekalan elektrik menyebabkan kemudahan rawatan rapi tidak dapat beroperasi sepenuhnya.
00:28Menurut pihak hospital, penjana elektrik kini menjadi sumber tenaga utama bagi kebanyakan kemudahan kesihatan di Gaza selepas gangguan bekalan elektrik
00:37berterusan.
00:39Bagaimanapun, kekurangan diesel, minyak pelincir dan alat ganti menyebabkan operasi penjana semakin sukar untuk dikekalkan.
00:46Pegawai Penyelenggaraan Kompleks Perubatan Al-Nasar, Hatim Al-Swairki berkata, penggunaan penjana melebihi tempoh operasi yang direka telah meningkatkan risiko
00:55kerosakan.
00:56Bekala elektrik yang terhad kini diberikan keutamaan kepada Jabatan Kritikal termasuk unit neonatal dan rawatan intensif yang memerlukan peralatan perubatan
01:06beroperasi tanpa henti.
01:08Seorang penjaga pesakit berkata, keperluan elektrik amat penting khususnya bagi bayi dan kanak-kanak yang bergantung kepada peralatan pemantauan kesihatan.
01:16Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, penghantaran diesel oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO kelebih 20 hospital dan pusat kesihatan telah dihentikan
01:26sejak 19 September akibat kekurangan dana yang kritikal.
01:30Terima kasih telah menonton!